Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Suntikan 'booster' bagi individu antara 50-59 tahun mulai 4 Okt

Sep 24, 2021 | 08:19 PM



MULAI 4 Oktober, individu berusia antara 50 hingga 59 tahun akan diundang bagi mengambil suntikan penggalak atau 'booster' vaksin Covid-19.



Mereka akan menyertai golongan berusia 60 tahun ke atas dan penduduk di kemudahan jagaan warga berusia yang sudah memulakan rejim suntikan 'booster' mereka mulai 15 September.



Dalam kenyataannya pada Jumaat (24 September), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata orang dewasa berusia 50 hingga 59 tahun mempunyai risiko lebih tinggi bagi penyakit komorbiditi (dua atau lebih penyakit serentak) yang tersembunyi. Lantaran itu, mereka mempunyai risiko mengalami penyakit teruk berbanding golongan lebih muda.



"Ramai yang mungkin sudah melalui vaksinasi lengkap awal tahun ini, maka tahap perlindungan mereka mungkin berkurangan dari masa ke masa. Mempertingkat daya imun anggota masyarakat akan memastikan tahap perlindungan tinggi yang berterusan bagi menentang berlakunya penyakit teruk," jelas MOH.



Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 (EC19V) mengusulkan agar orang dewasa antara usia 50 hingga 59 tahun menerima suntikan tambahan vaksin mRNA, Pfizer atau Moderna sekurang-kurangnya enam bulan selepas rejim vaksin lengkap diperolehi.



Suntikan penggalak akan memastikan perlindungan daripada penyakit teruk pada tahap lebih tinggi dikekalkan bagi tempoh lebih lama.



Sehingga Khamis (23 September), sekitar 91.500 warga emas berusia 60 tahun ke atas sudah menerima suntikan penggalak mereka manakala 56 peratus warga emas pula sudah menempah slot atau menerima suntikan penggalak mereka.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >