Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Tambahan kes di 4 kelompok jangkitan termasuk T3 Changi, pusat tuisyen Learning Point

May 17, 2021 | 02:25 AM



KELOMPOK jangkitan Covid-19 yang terbentuk di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi, kini mempunyai 74 kes dengan tambahan enam lagi kes pada Ahad (16 Mei).



Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya telah memberi butiran terperinci mengenai kes baru yang dilaporkan dalam masyarakat yang mencecah 38 kes pada Ahad.



Sebanyak 21 kes mempunyai kaitan dengan kes atau kelompok sebelum ini.



Di dalam kelompok Terminal 3 yang disifatkan sebagai yang terbesar buat masa ini termasuk budak lelaki yang berusia setahun. Dia merupakan anggota keluarga yang tinggal serumah dengan pemandu kereta sewa privet Gojek berusia 44 tahun.



Pemandu ini telah mengunjungi Terminal 3 pada 6 Mei dan disahkan menghidap koronavirus pada 12 Mei.



Budak itu pula dikuarantin pada 13 Mei dan dilanda demam dan selesema dua hari selepas itu.



Seorang jururawat di Rumah Rawatan Ren Ci (Ang Mo Kio) yang berusia 39 tahun dan merupakan warga asal Filipina turut tergolong dalam kelompok ini.



Beliau tinggal serumah dengan seorang lagi warga Filipina berusia 37 tahun yang merupakan seorang wakil jualan di kedai makanan sihat dan tambahan, JR Life Sciences. Lelaki ini telah berkunjung ke Terminal 3 pada 4 Mei.



Tiga lagi kes berkaitan dengan kelompok Terminal 3 ini adalah Penduduk Tetap Singapura yang bertugas sebagai pembantu gerai di Kopitiam, Terminal 3.



Seorang pegawai keselamatan penerbangan di Terminal 3 yang digajikan Certis Cisco juga antara kes baru dalam kalangan masyarakat yang berkait dengan kelompok ini.



Manakala seorang pekerja jualan di kedai sekitar Terminal 3 yang berusia 26 tahun dan berasal dari Malaysia turut dijangkiti Covid-19.



Sementara itu, sembilan lagi kes Covid-19 yang berkait dengan pusat tuisyen Learning Point turut dikenal pasti. Antaranya adalah empat pelajar sekolah rendah.



Mereka terdiri daripada pelajar Sekolah Kong Hwa, Sekolah Rendah Yu Neng dan Sekolah Rendah St Margaret. Ini menjadikan kelompok ini kini mempunyai 18 kes.



Selain pelajar ini adalah wanita Singapura berusia 41 tahun yang bertugas di Celestica Electronics Pte Ltd, lelaki Singapura berusia 42 tahun yang merupakan kakitangan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), wanita Singapura berusia 41 tahun yang bekerja di Arcadis Pte Ltd, lelaki Singapura berusia 37 tahun yang bertugas di Schenker Global Management dan pekerja sosial lelaki berusia 55 tahun yang bekerja di Pusat Khidmat Keluarga Care Corner.



Berkait dengan kelompok Kompleks Penjara Changi pula adalah pemandu kargo warga China yang berusia 35 tahun dan bertugas di SATS Food Pte Ltd serta lelaki Vietnam yang buat masa ini tidak bertugas.



Kelompok di restoran Wok Hey pula mempunyai tambahan satu kes melibatkan wanita Singapura berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di Wareesan Management Pte Ltd. Beliau adalah anggota keluarga tukang masak Wok Hey berusia 22 tahun dan suri rumah berusia 55 tahun yang dikesan positif Covid-19 sebelum ini.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >