SEBANYAK empat kes Covid-19 baru disahkan di Singapura hingga tengah hari Selasa (13 Okt), menjadikan jumlah 57,884 kes di sini sejauh ini.
Namun, kesemuanya adalah kes yang diimport, dan telah dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Tiada kes setempat dalam masyarakat atau asrama pekerja asing dilaporkan.
Ini kali pertama tiada kes dari asrama dilaporkan sejak 25 Mac.
Maklumat lanjut akan diumumkan malam nanti.