Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Tiada kes tempatan, semua 17 kes baru diimport

Mar 21, 2021 | 07:15 AM



TIADA kes koronavirus yang dilaporkan pada Sabtu (20 Mac), menurut Kementerian Kesihatan (MOH). Terdapat 17 kes baru koronavirus dan semuanya merupakan kes import yang telah diletakkan di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setelah tiba di Singapura, 

Semua kes baru tidak menunjukkan gejala  dan dikesan melalui pemeriksaan dan pengawasan proaktif, ujar MOH.



Sehingga tengah hari Sabtu (20 Mac),  jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura adalah  60,184.

Secara keseluruhan, jumlah kes baru dalam kalangan  masyarakat telah menurun daripada dua kes pada minggu sebelumnya kepada sifar pada minggu yang lalu.



Bilangan kes yang tidak ada kaitan dalam kalangan masyarakat juga menurun daripada dua kes pada minggu sebelumnya kepada sifar pada minggu lalu. “Kami akan terus memantau angka ini, dan juga kes yang dikesan melalui program pengawasan kami,” kata MOH.



Sementara itu, MOH menyatakan satu kelompok masih belum ditutup –  kes yang berkaitan dengan wanita Singapura berusia 41 tahun yang merupakan anggota kru kabin Singapore Airlines.

Beliau disahkan menghidap jangkitan Covid-19 pada 8 Februari. Kes lain adalah pasangannya dan pembantu rumahnya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >