Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 tidak jejas rancangan peralihan kepimpinan Temasek Holdings: Ho Ching

Feb 09, 2021 | 09:03 PM



KETUA Eksekutif Temasek Holdings, Cik Ho Ching  menyatakan beliau rasa "relaks" mengumumkan persaraannya sambil menjelaskan Covid-19 tidak menghambat niatnya mengundurkan diri tahun ini.



"Pandemik ini tidak menyebabkan rancangan jangka panjang kami tergelincir," katanya dalam sesi taklimat pada Selasa (9 Februari) yang diterajui pengerusi Temasek Holdings, Encik Lim Boon Heng, di pejabat Temasek Holdings di Dhoby Ghaut.



"Saya sebenarnya sangat gembira dan amat selesa mempunyai sepasukan kakitangan di Temasek di bawah Dilhan, yang mengambil masa beberapa tahun bagi memikirkan masa depan."



Penggantinya, Encik Dilhan Pillay, 57 tahun, akan mengambil-alih pada 1 Oktober. Beliau adalah ketua eksekutif Temasek International, sayap komersial Temasek yang memacu pelaburannya. 



Encik Pillay, peguam dengan kelulusan Cambridge, akan mengekalkan kedudukannya di Temasek International.



Beliau memberitahu sesi taklimat itu: "Saya tidak merasakan sebarang bebanan tambahan lagi," sambil menambah beliau teruja tentang masa depan Temasek, setelah menerajui peranan dalam perumusan strategi 2030-nya, yang mempunyai tumpuan utuh pada kemapanan.



Dalam pada itu, Cik Ho, 67 tahun, isteri Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata, beliau belum memikirkan tentang masa depannya pada tempoh pasca Temasek dan akan terus fokus pada tugasnya ini hingga Oktober.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >