TERDAPAT sembilan kes Covid-19 baru yang dijangkiti di Singapura hingga 12 tengah hari Sabtu (1 Mei), kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes disifatkan sebagai kes masyarakat, dan dua lagi tinggal di dormitori.
Tiga kes daripadanya dikaitkan dengan jururawat wanita Filipina berusia 46 tahun daripada Hospital Tan Tock Seng (TTSH), yang disahkan positif pada 27 April lalu.
Kes baru itu dikesan daripada ujian proaktif yang dilakukan ke atas pesakit dan kakitangan di Hospital Tan Tock Seng, kata MOH.
Kini terdapat sejumlah 16 kes yang dikaitkan dengan TTSH.
Selain itu, terdapat 25 kes diimport, yang telah pun diberi Notis Jangan Keluar Rumah atau diasingkan apabila tiba di Singapura.
Secara keseluruhannya, terdapat 34 kes baru jangkitan Covid-19 di Singapura hari ini (1 Mei).