Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 topik perbincangan Lawrence dengan rakan sejawatan dari Malaysia

Dec 08, 2021 | 05:30 AM



ISU Covid-19, termasuk varian baru Omicron, dan respons dua negara - Singapura dan Malaysia - dalam menghadapi cabaran itu.



Demikian antara perkara yang dibincangkan semasa Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, bertemu rakan sejawatannya dari Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kelmarin.



Pertemuan itu diadakan sempena lawatan kerja Tengku Zafrul ke sini.



Menurut catatan Facebooknya, Encik Wong berkata selain isu Covid-19, turut dibincangkan adalah peningkatan kerjasama dua hala antara Singapura dengan Malaysia dalam bidang kewangan.



"Gembira bertemu Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul dan menjadi hos kepada beliau dalam acara sarapan pagi di Taman Bunga Singapura pagi ini (kelmarin).



"Kali terakhir kami berbual melalui telefon pada Mei apabila saya mengambil portfolio Kewangan. Tetapi lebih baik bagi akhirnya dapat berbual dan bertemu secara peribadi," ujar Encik Wong.



Beliau dan Tengku Zafrul juga saling bertukar pandangan tentang bagaimana dua negara boleh meningkatkan kerjasama merentas pelbagai bidang termasuk kastam, kewangan mampan, FinTech serta pembayaran rentas sempadan dan sebagainya.



"Pandemik telah menjadikan sukar buat kedua-dua pihak di sebelah Tambak. Tetapi dengan VTL (Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi), aliran orang ramai mula disambung semula.



"Amat menantikan untuk memajukan kerjasama Malaysia dan Singapura demi manfaat bersama kedua-dua rakyat kita!" tambah Encik Wong.



Dalam catatan Facebooknya pula, Tengku Zafrul berkata dalam pertemuan tersebut, pelbagai topik dibincangkan antaranya bagaimana pelaksanaan VTL dapat "memberi nafas lega kepada ekonomi kedua-dua negara, khususnya sektor peruncitan dan pelancongan; serta langkah usaha sama dalam melangkah ke arah pemulihan ekonomi".



Tengku Zafrul berkata selain bertemu Encik Wong dalam lawatan ke sini, beliau turut bertemu Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; dan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Dr Balakrishnan, dalam tulisan di Facebook, berkata beliau berbesar hati dapat menjadi hos makan tengah hari kepada Tengku Zafrul, yang turut disertai Dr Tan.



"Kami mempunyai pertukaran pandangan yang baik mengenai kerjasama dua hala dan perkembangan ekonomi serantau," ujar Dr Balakrishnan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >