Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Tukang gunting sambilan Atatcutz, pengurus Prudential antara 5 kes baru dalam masyarakat

Jun 07, 2021 | 10:29 PM



SEMUA lima kes jangkitan Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat didapati berkait dengan kes sebelum ini, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Isnin (7 Jun).



Lima kes itu berkaitan dengan:



Kelompok kedai gunting Atatcutz Singapore (348 Bedok Road).



* Seorang lelaki Singapura berusia 34 tahun yang bertugas sebagai pegawai teknikal Singapore Power dan tukang gunting sambilan di Atatcutz Singapore. Beliau adalah kontak tempat kerja tiga kes yang dikenal pasti sebelum ini. Beliau mengalami sesak nafas dan demam.



* Seorang Penduduk Tetap Singapura berusia 39 tahun yang bertugas sebagai pengurus di Prudential Services Singapore. Beliau bertugas dari rumah dan merupakan kontak rapat tukang gunting yang dikesan positif Covid-19 sebelum ini. Beliau mengalami sakit tekak.



Kelompok MINDSville@Napiri



* Dua kes melibatkan penghuni di rumah kebajikan golongan istimewa, MINDSville@Napiri dan dikenal pasti positif Covid-19 menerusi ujian proaktif penduduk rumah ini. Mereka berdua sudah menjalani vaksinasi Covid-19.



Kelompok wanita yang bertugas di NTUC FairPrice (Clementi Avenue 3)



* Wanita Singapura berusia 55 tahun yang bertugas dalam bidang pentadbiran di Alco Engineering Trading Pte Ltd. Beliau anggota keluarga dua kes sebelum ini. Beliau tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan.



Pada Isnin, MOH turut mengenal pasti sembilan kes import. Dua daripadanya melibatkan warga Singapura manakala tiga kes adalah Penduduk Tetap Singapura yang pulang ke sini dari Belgium, India dan United Kingdom.



Satu kes adalah pemegang pas kerja yang tiba dari Filipina manakala tiga kes adalah pemegang permit kerja dari Indonesia dan Malaysia. Salah seorang daripada pemegang permit kerja ini adalah pembantu rumah migran.



Tiada kes dormitori dikesan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >