Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Wanita 58 tahun meninggal; 112 kelompok aktif di S'pura

Aug 05, 2021 | 12:19 AM



SEORANG wanita Singapura berusia 58 tahun meninggal dunia kerana komplikasi  Covid-19 pada Isnin (2 Ogos).



Beliau adalah kontak isi rumah kepada kes yang berkunjung ke kedai makan Samy's Curry Restaurant yang disahkan dijangkiti pada 29 Julai. Wanita ini belum menjalani vaksinasi Covid-19 dan tidak mempunyai sebarang penyakit lain.



Dengan pemergian kes ini, sebanyak 39 kematian dilaporkan berpunca daripada komplikasi Covid-19, jelas Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya pada Rabu malam (4 Ogos).



MOH juga menambah pihaknya mengesan tujuh kes dalam kalangan individu yang bekerja atau berkunjung ke Pusat Makanan Yuhua (347 Jurong East Avenue 1) dengan siasatan epidemiologi mendapati kemungkinan terdapat penularan jangkitan di pusat makanan ini.



Lantaran itu, bagi memutuskan rantaian jangkitan dan membolehkan premis ini dibersihkan secara terperinci, Pusat Makanan Yuhua akan ditutup kepada orang awam dari 5 Ogos hingga 19 Ogos.



Semua individu yang bekerja di pusat makanan ini sudah dikuarantin dan akan diuji sewaktu tempoh kuarantin, tambah MOH.



Bagi segera memastikan jika ada sebarang kes jangkitan lain di situ, ujian Covid-19 percuma akan ditawarkan kepada orang awam yang mengunjungi Pasar dan Pusat Makanan Yuhua antara 21 Julai dengan 4 Ogos.



Orang ramai boleh lungsuri laman beralamat  https://go.gov.sg/yuhua-testing bagi mendapatkan butiran terkini tentang operasi ujian yang dikendalikan.



Semua pengunjung Pasar dan Pusat Makanan Yuhua dinasihatkan agar memantau kesihatan mereka secara rapi dan mengurangkan interaksi sosial seberapa yang boleh bagi tempoh 14 hari dari tarikh kunjungan atau interaksi.



Mereka digalakkan bertemu doktor segera jika terasa tidak sihat.



Pengesanan kes di Pusat Makanan Yuhua ini dibuat menyusuli siasatan MOH ke atas jangkitan Covid-19 di pasar dan pusat makanan yang kemungkinan wujud daripada kunjungan penjual ikan ke Pelabuhan Perikanan Jurong bagi mendapatkan bekalan untuk jualan di pasar dan pusat makanan.



MOH turut mendedahkan terdapat 12 kelompok baru yang dikenal pasti pada Rabu. Kesemuanya merupakan kelompok berkait dengan orang perseorangan. Ini menjadikan jumlah kelompok aktif di Singapura mencecah 112 kelompok, dengan setiap satu mempunyai antara tiga hingga 1,115 kes jangkitan.



Secara menyeluruh, bilangan kes baru dalam masyarakat berkurangan dari 915 kes dua minggu lalu kepada 758 kes minggu lalu. MOH menjelaskan jumlah kes yang tinggi dapat dijangkakan dalam hari-hari mendatang sedang pihaknya berusaha mempertingkat usaha mengesan dan mengekang penularannya dalam kalangan masyarakat.



Bilangan kes tiada kaitan dalam masyarakat pula bertambah daripada 202 kes dua minggu lalu kepada 235 kes minggu lalu.



Sebanyak 95 kes jangkitan Covid-19 baru dikesan pada Rabu dengan 92 daripadanya merupakan kes masyarakat manakala baki tiga kes merupakan kes import.



Sebanyak 555 kes masih dirawat di hospital. Kebanyakannya berada dalam keadaan baik dan dipantau. Terdapat 42 kes dengan penyakit serius yang memerlukan sokongan oksigen. Tujuh daripada mereka dalam keadaan tenat di Unit Jagaan Rapi (ICU). Lapan daripada 49 kes sudah menjalani vaksinasi penuh. Daripada jumlah ini, enam memerlukan sokongan oksigen manakala dua memerlukan jagaan ICU kerana menghidap penyakit lain.



Seramai 37 warga emas melebihi usia 60 tahun, dengan 31 daripadanya belum menjalani vaksinasi atau hanya menerima satu suntikan vaksin mengalami sakit yang serius.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >