Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Warga emas S'pura, PR yang ingin ke India 2 kes baru masyarakat; 21 lain kes import

Mar 03, 2021 | 10:38 PM




SALAH satu kes dalam masyarakat yang dilaporkan pada Rabu (3 mac) melibatkan seorang lelaki warga Singapura berusia 82 tahun.





Pesara itu mengalami selesema, sakit badan dan seram sejuk pada 14 Februari lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik umum (GP) pada 22 Februari. Keputusan ujian Covid-19 yang diambilnya  negatif.



Beliau mendapatkan rawatan perubatan sekali lagi pada Isnin kerana masih tidak sihat dan kali ini keputusan ujiannya positif.


Lelaki itu telah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi Covid-19 pada 22 Februari tetapi tidak meneruskan rancangan itu kerana telah dinasihatkan oleh doktor agar menundanya jika masih tidak sihat.


Kes dalam masyarakat kedua pula melibatkan seorang penduduk tetap (PR) berusia 38 tahun.


Suri rumah itu tidak menunjukkan simptom dan dikesan apabila mengambil ujian sebelum keberangkatan pada Selasa sebagai persiapan untuk lawatan ke India.


Lagi 21 kes adalah jangkitan yang diimport dengan satu kes melibatkan PR yang tiba dari Indonesia.


Baki 20 kes melibatkan pemegang pas kerja yang tiba dari India, Nepal dan Nigeria.


Sementara itu, lagi tujuh kes Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Ini menjadikan 59,849 pesakit telah sembuh sejauh ini.


Lagi 18 kes sedang dirawat di hospital termasuk satu yang berada dalam keadaan kritikal.


Lagi 83 pesakit diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.


Seramai 29 pesakit telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan Covid-19.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >