Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Warga Filipina yang ke sini untuk berkahwin antara 8 kes baru SG

Dec 11, 2020 | 11:10 PM




KES Covid-19 baru yang dilaporkan pada Jumaat (11 Dis) termasuk seorang pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari Filipina bagi perkahwinannya dengan seorang warga Singapura.




Wanita warga Filipina berusia 26 tahun itu merupakan antara tujuh kes yang diimport, yang turut terdiri daripada tiga warga Singapura, dua pemegang permit kerja dan satu pemegang pas tanggungan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada lewat Jumaat malam.



Satu kes di asrama pekerja asing turut dilaporkan.



Semua kontak rapat pesakit itu di dormitori dan tempat kerja telah dikenakan kuarantin.



Tiada kes dalam masyarakat dilaporkan.



Sementara itu, lagi empat pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Secara keseluruhan, 58,192 kes telah sembuh sejauh ini.



Seramai 29 pesakit masih dirawat di hospital dan lagi 55 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.



Sejauh ini, 29 pesakit telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh Covid-19.



MOH juga berkata langkah sempadan akan diperketat memandangkan keadaan wabak yang semakin teruk di Hong Kong.



Semua pengunjung yang memasuki Singapura dari 11.59 malam  Ahad (13 Dis) dengan sejarah perjalanan 14 hari ke Hong Kong perlu menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) 14 hari di kemudahan SHN yang dikhaskan. 



Semua pengunjung, kecuali warga dan penduduk tetap, yang memasuki Singapura dari 11.59 malam Jumaat (18 Dis), dengan sejarah perjalanan 14 hari ke Hong Kong perlu mengambil ujian reaksi rangkaian polimerase (PCR) dalam masa 72 jam sebelum keberangkatan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >