Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Warga Korea bertugas di Azur Crowne Plaza Changi Airport antara 2 kes baru dalam masyarakat

Jan 07, 2021 | 12:26 AM



DARIPADA dua kes dalam masyarakat yang dikesan pada Rabu (6 Jan), satu melibatkan seorang lelaki warga Korea yang positif Covid-19 dengan jenis varian yang sedang menular di United Kingdom (UK).



Lelaki berusia 24 tahun itu bertugas sebagai penghantar makanan yang dibekal bagi kru pesawat dan tetamu hotel di restoran Azur, Crowne Plaza Changi Airport.



Perincian ini didedahkan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu malam.



MOH berkata lelaki itu tidak berinteraksi bersama pelanggan di Azur.



Singapura mencatatkan 31 kes Covid-19 baru pada Rabu dengan 29 kes import dan dua dalam masyarakat.



Mengenai lelaki Korea itu, MOH berkata beliau pemegang permit kerja yang diuji positif semasa Pengujian Rutin Dijadual pada 2 Jan dan diuji lagi pada 4 Jan. Pada hari itu juga, beliau mulai menunjukkan simptom jangkitan pernafasan akut (ARI).



Keputusan ujiannya didapati positif Covid-19 pada 5 Jan dan beliau telah dibawa ke Pusat bagi Penyakit Berjangkit di mana ujian serologikalnya disahkan negatif.



Ini menandakan jangkitannya baru, kata MOH.



Ujian awal juga mendapati beliau positif B117, iaitu varian Covid-19 yang sedang menular di UK dan pengesahan lanjut sedang dinantikan.



Kes kedua dalam masyarakat pula melibatkan lelaki warga Filipina, 31 tahun, yang tiba di sini dari Filipina pada 4 Dis dan telah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sehingga 18 Dis.



MOH berkata, keputusan ujian yang diambil beliau sebelum berangkat dari Filipina pada 1 Dis disahkan negatif, malah ujian semasa menjalani SHN pada 14 Dis juga negatif.



Pemegang permit kerja itu bertugas di Hospital Besar Singapura (SGH) namun beliau belum lagi mula bekerja.



Sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan kesihatan pekerja sebelum mula bertugas, lelaki Filipina itu telah menjalani ujian Covid-19 pada 5 Jan meskipun beliau tidak menghidap simptom.



Keputusan ujiannya didapati positif.



MOH berkata, lelaki itu kemudian dibawa ke SGH dengan ambulans.



Jelas MOH, keputusan ujian serologikalnya pula positif, bermakna ia merupakan jangkitan terdahulu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >