KESEMUA sembilan kes Covid-19 baru yang disahkan pada Rabu (17 Mac) adalah kes yang diimport, termasuk seorang lelaki warga Singapura berusia 45 tahun yang pulang dari Indonesia.
Satu lagi kes melibatkan pemegang pas kerja yang datang dari Nepal dan baki tujuh pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, Indonesia, Malaysia dan Filipina.
Sementara itu, lagi 17 kes telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.
Secara keseluruhan, 60,001 pesakit telah pulih daripada Covid-19 sejauh ini.
Lagi 19 kes masih dirawat di hospiral.
Seramai 87 pesakit pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.
Sejumlah 30 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan Covid-19 sejauh ini.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Covid-19: Warga S'pura antara 9 kes import baru, tiada kes masyarakat
Mar 17, 2021 | 11:01 PM