Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CPF kekalkan kadar faedah untuk kesemua akaun

Feb 20, 2021 | 05:30 AM



KADAR faedah yang boleh diraih pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) menerusi akaun-akaun mereka kekal tidak berubah pada suku kedua 2021, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Lembaga CPF semalam.



Dari April hingga Jun 2021, pencarum CPF akan terus meraih faedah sehingga 3.5 peratus setahun bagi baki simpanan dalam akaun Biasa dan sehingga lima peratus setahun dalam akaun-akaun Khas dan Medisave.



Tambahan faedah lagi 1 peratus bagi $60,000 pertama daripada akaun-akaun pencarum akan terus dibayar. Sebanyak $20,000 jumlah ini boleh diperuntuk dari akaun Biasa.



Kadar faedah tambahan ini adalah sebahagian usaha Pemerintah untuk mempertingkat simpanan persaraan pencarum CPF.



Pencarum berusia 55 tahun dan ke atas akan meraih tambahan 2 peratus bagi $30,000 pertama dalam akaun-akaun, dan tambahan lagi 1 peratus bagi $30,000 selanjutnya.



Selepas mengambil kira faedah tambahan ini, mereka boleh menerima sehingga 6 peratus faedah setahun bagi simpanan persaraan CPF.



Faedah tambahan bagi Akaun Biasa pencarum akan dimasukkan dalam Akaun Khas atau Akaun Persaraan untuk mempertingkat simpanan persaraannya.



Jika seorang anggota berusia lebih 55 tahun dan menyertai Skim CPF Life, faedah tambahan masih boleh diraih menerusi baki akaun-akaun, termasuk simpanan yang digunakan bagi CPF Life.



Skim anuiti itu menyediakan bayaran bulanan sepanjang hayat yang bermula apabila pencarum berusia 65 tahun.



Dari April hingga Jun 2021, faedah dasar 2.5 peratus bagi Akaun Biasa akan dikekalkan, sementara faedah asas 4 peratus bagi akaun Khas dan akaun Medisave juga tidak akan berubah.



Kadar faedah 4 peratus bagi akaun Persaraan pula akan dikekalkan sehingga 31 Disember 2021.



Kadar faedah konsesi bagi pinjaman rumah HDB, yang diikat kepada 0.1 mata peratusan di atas kadar faedah akaun Biasa, juga akan kekal tidak berubah pada 2.6 peratus setahun antara April dengan Jun 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >