Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

CPIB beri amaran kepada 31 pekerja Krematorium Mandai, pekerja khidmat pengebumian atas amalan terima paket merah

Sep 19, 2019 | 04:57 PM

 

PEKERJA krematorium dari Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) diberi amaran tegas oleh  Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) kerana menerima paket merah dari syarikat perkhidmatan pengebumian sebagai balasan atas layanan istimewa.

Seramai 17 pekerja di Krematorium Mandai diberi amaran tegas kerana menerima rasuah dalam bentuk paket merah daripada pengarah pengebumian dan pemandu kereta mayat "untuk melancarkan proses pembakaran", kata CPIB dalam satu kenyataan pada hari Khamis (19 Sep).

Mereka juga menghadapi tindakan tatatertib jabatan kerana melanggar peraturan sektor awam yang tidak membenarkan pegawai awam menerima hadiah dan hiburan berdasarkan kedudukan rasmi mereka atau kerja rasmi, tambah CPIB.

Bagi syarikat pengebumian, dua orang diberi amaran tegas kerana bersubahat untuk memberi rasuah dalam bentuk paket merah kepada kakitangan NEA untuk melancarkan proses pembakaran di Krematorium Mandai.

12 pekerja lain dari syarikat ini diberi amaran tegas kerana memberi rasuah kepada kakitangan NEA.

Menurut CPIB, selain 31 pekerja yang diberi amaran, dua pegawai kanan NEA juga menghadapi tindakan disiplin kerana gagal melaporkan amalan itu walaupun mereka sedar sepenuhnya.

Kenyataan CPIB datang hampir setahun selepas ia diberitahu oleh NEA bahawa pekerja Krematorium Mandai telah menerima paket merah sebagai ganjaran untuk layanan istimewa.

Menurut The Straits Times (ST), 31 pekerja dan kakitangan dari syarikat khidmat pengebumian diberi amaran pada Khamis.

Ramai pengarah pengebumian yang ditemu ramah telah menghentikan pemberian paket merah kepada pekerja krematorium awal tahun ini, apabila dilaporkan bahawa CPIB sedang menyiasat amalan tersebut. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3