Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

CPIB terbit e-buku tingkat kesedaran warga muda tentang gejala rasuah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

CPIB terbit e-buku tingkat kesedaran warga muda tentang gejala rasuah

Dec 29, 2020 | 05:30 AM

BUKU elektronik yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai, terutama golongan muda, tentang rasuah di Singapura dihasilkan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Buku itu, yang mengandungi contoh rasuah termasuk menetapkan perlawanan bola sepak secara terlarang (match-fixing) dan 'duit kopi' yang diberikan untuk memberitahu tarikh pemeriksaan tapak, dihasilkan khas untuk belia berusia 13 hingga 19 tahun.

Berjudul ''Corruption Casebook - Stories From Under The Table'' boleh dimuat turun di laman CPIB.

Buku elektronik tersebut dihasilkan selepas hasil tinjauan Politeknik Republic tahun ini menunjukkan bahawa hanya 34 peratus daripada 1,000 belia berusia antara 15 dan 25 yang ditinjau pernah mempelajari tentang isu rasuah di sekolah.

Lebih tiga suku daripada jumlah tersebut, atau 72 peratus, tidak sedar akan kewujudan CPIB, yang dibentuk pada 1952 dan merupakan agensi di bawah Pejabat Perdana Menteri.

Cik Clare Tan, Timbalan Pengarah Kanan CPIB bagi Perancangan, Kajian dan Hubungan Korporat, berkata kejadian korupsi yang tidak dilihat secara terang-terangan di Singapura mungkin membuat golongan muda kurang sedar akan kesan buruk rasuah.

''Singapura berada dalam keadaan bersih tanpa korupsi dengan toleransi sifar, tapi ini mungkin mengakibatkan golongan muda mengambil remeh (perkara tersebut) kerana mereka hidup dalam era di mana semua kelihatan indah dan anda tidak akan melihat kes rasuah.

''Rasuah berlaku, cuma ia tidak ketara.''

Kes-kes yang berlaku termasuk kes rasuah $1 - dua lelaki didakwa menerima rasuah $1 secara kerap daripada pemandu lori untuk mempercepat proses memasukkan atau mengeluarkan barang.

Walaupun kes-kes rasuah mungkin tidak begitu ketara, akibatnya boleh meninggalkan kesan negatif terhadap orang ramai.

Contohnya, rasuah yang diambil untuk memberi kelonggaran dalam pemeriksaan tapak pembiakan nyamuk akan meninggalkan kesan yang teruk terutama semasa tempoh di mana kematian disebabkan denggi mencecah jumlah paling tinggi di Singapura iaitu 29 kematian.

Malah, biro tersebut dalam perancangan untuk menghasilkan satu lagi buku, yang akan mencabar persepsi bahawa rasuah merupakan kesalahan ''tanpa mangsa'', kata Cik Tan.

Biro itu telah berunding dengan sekumpulan pelajar St Joseph Institution dalam menghasilkan buku itu untuk melihat kes-kes yang akan menarik perhatian golongan sasaran.

Ia juga telah melibatkan editor naskhah The Straits Times Encik Melvinderpal Singh untuk menulis buku tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3