Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cristiano Ronaldo kunjungi Our Tampines Hub

Jul 04, 2019 | 05:30 AM



SEBELUM Juventus tiba di sini untuk bersaing dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) pada 20 dan 21 Julai nanti, bintang terbesarnya Cristiano Ronaldo telah mengadakan lawatan awal ke Singapura.



Menurut akhbar The Straits Times, adalah difahamkan pemain Portugal berusia 34 tahun itu tiba di sini kelmarin.



Semalam, beliau telah mengunjungi Our Tampines Hub dan dijangka mengadakan satu lawatan ke sekolah pagi ini.



Bintang itu dijangka berada di Singapura hingga esok.



Ronaldo, yang dianggap antara pemain bola sepak terhandal dunia, telah merangkul lima anugerah Ballon d'Ors dan mendahului rakan seperjuangan, Lionel Messi, dari segi jumlah trofi antarabangsa yang dimenangi.



Namun, sedang pemain Argentina itu masih mencari trofi pertama untuk negaranya, Ronaldo telah membimbing Portugal menjulang piala takhta Kejohanan Eropah 2016 dan baru-baru ini, Liga Negara-Negara 2018-2019.



Ini bukan lawatan pertama Ronaldo ke sini. Beliau pernah berada di Singapura atas undangan jutawan Singapura, Encik Peter Lim, pada 2013 dan 2017.



Ronaldo dijangka beraksi di Stadium Negara buat julung-julung kalinya apabila Juventus berdepan dengan Tottenham Hotspur di Piala ICC pada 21 Julai, sehari selepas bekas kelabnya, Manchester United, menentang Inter Milan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >