Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Setempat

Cristiano Ronaldo temui murid sekolah kejiranan

Jul 04, 2019 | 08:51 PM

SELAMA setengah jam hari ini (4 Julai), Tampines menjadi riuh rendah apabila bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, berkunjung ke Sekolah Rendah Yumin secara mengejut.

Lawatannya itu antara lain bertujuan menyokong Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura-Peter Lim.

Sekitar 1,000 murid Sekolah Rendah Yumin dan Sekolah Rendah Chongzheng membanjiri dewan sekolah di Tampines Street 21 itu dan begitu teruja dengan penampilan Ronaldo.

Di padang bola sepak, Ronaldo dianggap antara pemain bola sepak terhandal dunia dan telah merangkul lima anugerah Ballon d’Ors.

Namun apabila bertemu dengan murid-murid itu, pemain Portugal berusia 34 tahun itu bertepuk ria dan memeluk kanak-kanak yang ditemuinya itu.

Beliau juga menjawab pertanyaan beberapa murid.

“Perjalanan saya dalam dunia bola sepak ini bermula ketika saya berumur 11 atau 12 tahun. Apa yang paling sukar ialah untuk meninggalkan keluarga saya dan cuba menjadi pemain bola sepak profesional.

“Keluarga saya tidak mewah tetapi keluarga saya selalu beri saya peluang,” ujarnya.

Meskipun bukan mudah, Ronaldo berkata apa jua pekerjaan tidak mudah tanpa kerja keras dan fokus.

Ronaldo yang tiba di Singapura kelmarin akan meninggalkan negara ini esok.

Menurut sumber, Ronaldo dijangka bermain di Stadium Negara buat kali pertama apabila Juventus berhadapan dengan Tottenham Hotspur pada 21 Julai.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian