Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Cuaca bulan Mei kedua paling panas tahun ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Cuaca bulan Mei kedua paling panas tahun ini

May 01, 2015 | 02:40 PM

CUACA bagi dua minggu yang akan datang dijangka panas serta hujan bersama sedikit jerebu pada waktu pagi.

Menurut kenyataan daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam ramalan cuaca semasanya semalam, berdasarkan statistik jangka panjang, Mei adalah bulan kedua paling panas tahun ini, selepas April.

"Singapura juga boleh mengharapkan hujan bergemuruh bagi tempoh pendek empat atau lima hari di sebelah petang, dan dua atau tiga hari pada waktu pagi," katanya.

Agensi itu menyakatan hujan untuk bulan ini mungkin "hampir normal", manakala kira-kira dua pertiga pulau ini mendapat hujan lebih daripada biasa bulan lalu.

Kawasan tengah Singapura, sekitar Ang Mo Kio dan Lower Peirce Reservoir, menerima jumlah hujan tertinggi sebanyak antara 267 milimeter (mm) ke 324mm, kira-kira 55 hingga 80 peratus di atas purata.

Kawasan timur Singapura pula, sekitar Pasir Ris dan Simei, menerima jumlah hujan terendah antara 67mm ke 91mm, kira-kira 45 hingga 70 peratus di bawah purata.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3