Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuaca buruk di M'sia jejas bekalan sayur di sini

Penjual terpaksa naikkan harga kerana kos lebih tinggi bagi dapatkan sayur dari Thailand, Vietnam
Jan 14, 2021 | 05:30 AM



PENJUAL sayur di Pasar Geylang Serai yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Rashidah terpaksa menaikkan harga jualannya kerana cuaca buruk di negara jiran menjejas bekalan.



Beliau kini terpaksa mendapatkan bekalan sayur dari Thailand dan Vietnam.



Kata Cik Rashidah, 45 tahun:



"Saya terpaksa dapatkan bekalan sayur dari Thailand dan Vietnam, yang perlu diterbang masuk ke sini.



"Cara ini lebih mahal dan oleh itu, harga jualan saya pun terpaksa naik."



Malah, bukan sahaja harga sayur yang meningkat, harga ikan turut naik dengan keadaan banjir di Malaysia menjejas bekalan makanan ke sini.



Ini kerana beberapa ladang di Malaysia yang membekalkan sayur turut ditenggelami air, mengakibatkan penghasilan tanaman yang buruk.



Isu pengangkutan juga timbul dengan jalan-jalan raya di Malaysia ditutup akibat bah yang teruk.



Menurut laporan The Straits Times, harga sesetengah sayur kini seganda lebih tinggi berbanding hanya seminggu lalu.



Seorang penjual di Pasar Tekka berkata harga tomato naik lebih seganda dari $12 setiap 10 kilogram sebelum ini kepada $28.



Di pasar basah di Pasir Drive 6 pula, seorang penjual berkata bekalan sayur-sayurannya kini berharga $32 setiap 10 kilogram berbanding harga sebelum ini iaitu sekitar $10.



Encik Alex Zhou, 35 tahun, yang berjualan di pasar basah di Pasir Ris itu berkata:



"Hujan yang berterusan di Malaysia menyukarkan pengangkutan barang dan kami kehilangan banyak bekalan kerana cuaca buruk.



"Sayur-sayur berdaun hijau seperti bayam lebih teruk terjejas kerana ia lebih mudah rosak apabila kena air."



Naib setiausaha Persatuan Pengimport & Pengeksport Buah & Sayuran Singapura, Encik Jerry Tan, berkata harga sayur dan buah-buahan biasanya meningkat pada hujung tahun kerana musim tengkujuh tetapi tahun ini agak luar biasa.



"Biasanya beberapa bahagian di Cameron Highlands yang masih mendapat matahari dapat membekalkan tomato, tapi tahun ini seluruh kawasan itu mengalami hujan sejak beberapa minggu kebelakangan.



"Apabila ini terjadi, tomato tak dapat masak dan bekalannya akan terjejas," ulas beliau.



Menurut Encik Tan, harga tomato dari Malaysia meningkat sebanyak 150 peratus berbanding seminggu lalu.



"Kami tidak pernah melihat peningkatan sebesar ini dalam masa yang singkat tetapi pembekal sedang cuba mendapatkan bekalan dari Thailand dan Vietnam, jadi harga mungkin akan mula turun semula dan lebih stabil," tambahnya.



Beliau juga berkata bekalan bagi sayur bayam terjejas teruk kerana ia mudah rosak, dan oleh yang demikian lebih sukar untuk didapatkan dari tempat yang lebih jauh seperti Thailand.



Harga makanan laut seperti ikan dan udang juga meningkat.



Menurut pengerusi Persatuan Umum Peniaga Ikan Singapura, Encik Goh Thiam Chwee, harga ikan bawal dan ikan merah naik sekitar 20 peratus, dan mungkin akan naik lagi sehingga 30 peratus berhampiran Tahun Baru Cina.



Kata Encik Goh:



"Setiap tahun, harga akan meningkat menjelang musim tengkujuh kerana keadaan laut yang tidak tetap.



"Pun begitu, makanan laut tidak terlalu teruk terjejas kerana kami juga mendapatkan bekalan dari negara lain, dan jika perlu, kami boleh gantikan dengan ikan beku buat sementara waktu."




"Kami tidak pernah melihat peningkatan sebesar ini dalam masa yang singkat tetapi pembekal sedang cuba mendapatkan bekalan dari Thailand dan Vietnam, jadi harga mungkin akan mula turun semula dan lebih stabil."
- Naib setiausaha Persatuan Pengimport & Pengeksport Buah & Sayuran Singapura, Encik Jerry Tan.



"Setiap tahun, harga akan meningkat menjelang musim tengkujuh kerana keadaan laut yang tidak tetap. Pun begitu, makanan laut tidak terlalu teruk terjejas kerana kami juga mendapatkan bekalan dari negara lain, dan jika perlu, kami boleh gantikan dengan ikan beku buat sementara waktu."
- Pengerusi Persatuan Umum Peniaga Ikan Singapura, Encik Goh Thiam Chwee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >