Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Cuaca lebih panas dalam dua minggu pertama Ogos

Aug 02, 2016 | 10:55 AM

CUACA sejuk sejak dua minggu lepas akan berakhir buat sementara waktu.

Dua minggu pertama bulan ini (Ogos) akan lebih kering dan lebih panas daripada separuh kedua Julai, kata Perkhidmatan Kajicuaca Singapura (MSS) dalam satu kenyataan pada Isnin (1 Ogos).

Suhu maksimum harian sepanjang dua minggu akan datang dijangka antara 33 dan 34 darjah Celcius, dan boleh mencecah 35 darjah Celcius pada beberapa hari.

Hujan dijangka rendah sedikit di bawah normal, tetapi hujan pendek beserta guruh pendek dijangka memberi kelegaaan.

Ia "dijangka berlaku pada waktu pagi dan awal petang pada empat hingga lima hari", kata MSS.

Hujan berguruh dengan angin kencang juga mungkin berlaku pada satu hingga dua hari pada i awal pagi dan pagi.

Bagi kira-kira 30 tahun, antara 1981 dan 2010, suhu purata harian maksimum bagi Ogos ialah 31.4 darjah Celcius.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3