Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuaca panas dijangka dalam dua minggu kedua bulan ini

Mar 17, 2018 | 05:30 AM



CUACA panas dijangka selama beberapa hari dalam dua minggu kedua bulan ini, dengan suhu mungkin mencecah sehingga 35 darjah Celsius, menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS), semalam.



Sekelompok udara panas dari utara Asia diramal akan bergerak ke Asia Tenggara semasa beberapa hari dalam dua minggu akan datang.



Saluran udara panas ini diramal membawa bersama suasana panas, dengan suhu maksimum harian mencecah sehingga 35 darjah Celsius pada hari-hari tersebut.



Suhu maksimum dan minimum harian pada kebanyakan hari dalam bulan ini masing-masing dijangka mencecah 34 darjah Celsius dan 24 darjah Celsius, menurut laporan The Straits Times.



Ramalan ini dijangkakan bersama keadaan monsoon timur laut yang ada pada masa ini, dengan angin tahap rendah bertiup lebih dari timur laut atau barat laut.



Angin tersebut dijangka beralih secara perlahan bertiup daripada pelbagai arah sekitar akhir bulan ini, sedang cuaca memberi laluan kepada tempoh monsun awal bulan depan.



Sedang hari-hari panas dan kering dijangka, akan terdapat juga hujan dengan guruh dijangka sekitar lima hingga tujuh hari dalam baki bulan ini.



Hujan ini dijangka berlangsung sehingga sejam pada sebelah petang, berlarutan hingga ke malam buat sehari dua.



Terdapat juga hujan dengan guruh dan angin kencang pada sebelah pagi selama satu atau dua hari sedang angin kencang Sumatera bergerak ke arah timur dari Selat Melaka menuju ke Laut Cina Selatan.



Bulan Mac diramal bulan yang kering, dengan kadar hujan dijangka lebih rendah daripada kadar bulanan sebanyak 170.3 milimeter.



Dalam dua minggu pertama bulan ini, Singapura mengalami kadar hujan yang lebih rendah daripada biasa, dengan suhu maksimum harian tertinggi ialah 35.7 darjah Celsius yang dicatat di Clementi pada 3 Mac lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >