Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BUNUH DIRI, ISU MENTAL: SALAH SIAPA?

Cuba bunuh diri dua kali dek terperangkap dalam jerat mental

Dec 02, 2019 | 05:30 AM



DIBULI dan dianiaya rakan sebaya sewaktu zaman remaja membuatkan beliau rasa bak terperangkap dalam jerat mental.



Tertekan, Encik Muhammad Aidil Arsad cuba bunuh diri dua kali - satu dengan mengelar pergelangan tangannya dengan kaca, dan satu lagi dengan makan dos ubat berlebihan.



Mujur kedua-dua percubaan itu gagal meragut nyawanya.



Tanpa mensesiakan 'peluang ketiga' untuk meniti kehidupan, Encik Aidil, 33 tahun, kini sudah dalam perjalanan menuju pemulihan, malah merupakan pendukung kesihatan mental yang kerap berkongsi panduan mengatasi masalah keadaan mental.



Meskipun sudah lebih sedekad sejak beliau cuba bunuh diri, ia hanya dua tahun lalu beliau mendapat diagnosis rasmi iaitu kemurungan, keresahan dan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).



Menurutnya, beliau memendam masalah mental yang dilaluinya selama ini.



"Ia ibarat hidup dalam neraka.



"Saya pendam perasaan kerana takut ia akan membuat saya nampak lemah. Sebagai seorang lelaki, saya sepatutnya mempertahankan diri saya daripada dibuli dan dianiaya, tetapi itu tidak berlaku. Jadi, saya malu nak beritahu sesiapa," ujar pemuda yang membujang itu sambil menambah bahawa ini mungkin sebab mengapa kadar bunuh diri dalam kalangan remaja lelaki merupakan yang tertinggi.



Ibu bapanya pula menganggap keadaan kemurungan dan keresahan waktu itu sebagai satu pertukaran fasa seorang remaja lebih-lebih lagi kerana kesedaran mengenai kesihatan mental tidak berleluasa.



Berkongsi pengalaman, Encik Aidil berkata memendam perasaan memudaratkan dan pada awal usia 30-an, keadaan mentalnya menjadi lebih teruk sehingga menjejas pekerjaannya.



"Saya alami serangan keresahan sehingga saya nangis tak henti di tempat kerja. Degupan jantung saya laju dan saya rasa seolah-olah nak mati.



"Setiap hari juga saya ada pemikiran nak bunuh diri, dan ia lebih teruk daripada dulu," kata eksekutif program itu yang menambah bahawa bosnyalah yang mendorongnya agar mendapatkan rawatan dua tahun lalu.



Kini, anak kedua dalam tiga adik-beradik itu berkata ibu bapanya memberi lebih sokongan dan juga memastikan beliau makan ubat secara tetap.



"Saya juga suka membuat kek, jadi pada hujung minggu, saya mengisi masa melakukan perkara yang saya suka," katanya yang kerap menjadi penceramah undangan mengenai kesihatan mental di masjid dan pelbagai acara lain.



Nasihatnya adalah supaya kaum adam di luar sana tidak malu atau gentar tampil ke depan mendapat bantuan jika mengalami masalah mental.



"Sedih jika masyarakat memandang bahawa ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap lelaki adalah gagah, tidak nangis, tabah walau apa jua masalah yang dihadapi, tidak putus atas, tidak menunjukkan kelemahan... Ini yang menyebabkan tekanan yang tidak diperlukan dan membuatkan orang lelaki rasa malu nak cari bantuan.



"Tetapi ini perlu berubah kerana langkah pertama mengatasi keadaan kesihatan mental adalah mendapatkan bantuan profesional," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >