Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuba seludup rokok - 2 warga Singapura disaman

Jul 23, 2018 | 11:44 AM



DUA lelaki warga Singapura cuba menyeludup rokok kontraban melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands Khamis lalu (19 Julai) dengan menyembunyikannya dalam seluar mereka.



Namun percubaan mereka dibatalkan pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang mendapati ada yang tidak kena pada lelaki itu yang berusia 19 tahun dan 20 tahun, menurut laporan The Straits Times.



Dalam satu pos Facebook, ICA berkata dua lelaki itu dilihat pada sekitar 8.30 malam dan 9 malam.



Mereka masing-masing didapati cuba menyembunyikan dua paket rokok kontraban di pinggang mereka.



Kededua lelaki tersebut disaman $600 kerana gagal mengisytiharkan dan membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas rokok-rokok mereka.



Dalam pos yang sama, ICA berkata ia akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan di sempadan Singapura untuk mencegah sebarang percubaan penyeludupan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >