Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cucu pengasas Metro bebas tuduhan edar ganja; mengaku salah miliki ganja

May 12, 2017 | 03:11 PM



CUCU kepada pengasas gedung serbaneka Metro telah dibebasakan dari pertuduhan mengedar ganja hari ini.



Selepas perbicaraan tiga hari, Hakim Daerah Jasvender Kaur mendapati Ong Jenn, 41 tahun, tidak bersalah bagi dua kesalahan bersengkongkol bersama seorang pesalah dadah, Mohamad Ismail Abdul Majid, 45 tahun, untuk mengedar ganja pada 30 Oktober 2014. 



Namun, dakwaan mengedar dadah itu telah dipinda menjadi pertuduhan percubaan memiliki dadah, iaitu  sebanyak 385.1 gram ganja campuran dan 92.68 gram ganja, antara 30 Oktober dengan 31 Oktober 2014.



Ong mengaku bersalah terhadap kededua dakwaan yang dipinda itu hari ini.



Namun, dia masih mempunyai enam tuduhan lain berkaitan dadah yang masih dipertimbangkan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ong Luan Tze memberitahu Hakim jika tertuduh mahu mengaku bersalah, pihak pendakwa akan mengenakan dua daripada enam tuduhan tersebut.



Menurut kertas dua tuduhan itu, Ong didakwa mengambil dadah pada 31 Oktober 2014.



Dia juga didakwa mengedar dadah tersebut dengan memiliki 284.7 gram blok ganja campuran di rumahnya di Bishopsgate dekat Grange Road pada hari tersebut.



Sekiranya Ong mengaku bersalah terhadap dua kesalahan itu, DPP Ong berkata baki empat tuduhan lain akan diambil dalam pertimbangan.



Kes tersebut telah ditangguh kepada 22 Jun ini. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >