Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cucu pengasas Metro dibicara bagi tuduhan dadah

Feb 03, 2017 | 11:50 AM



SEORANG waris keluarga yang mengasaskan gergasi runcit Metro Holdings diheret ke mahkamah pada pagi Jumaat (3 Feb) untuk menghadapi tuduhan berkaitan dadah.



Ong Jenn, cucu pengasas Metro Ong Tjoe Kim dan anak mantan pengarah urusan kumpulannya Jopie Ong, diwakili Peguam Kanan Tan Chee Meng.



Dia pertama kali didakwa pada 1 Nov 2014 mengedar ganja, serta memiliki dan menggunakan dadah.



Ong, 41 tahun, sedang dibicarakan bagi dua daripada lapan tuduhan berkaitan dadah. Baki enam tuduhan terhadap Ong diketepikan dulu.



Dia dituduh terlibat dalam konspirasi dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Ismail Abdul Majid dalam  pengedaran dadah terkawal.



Mohamad Ismail didakwa memiliki satu blok 92.68g bahan sayur yang kemudiannya didapati adalah ganja dekat perhentian bas di Jurong Port Road pada kira-kira 4.20 petang pada 30 Okt 2014.



Dia juga didakwa memiliki satu blok mengandungi 385.1g bahan sayur yang kemudian didapati adalah campuran ganja.



Menurut profil dalam taliannya, Ong menjadi pengurus pembangunan perniagaan di Metro Holdings sejak 2003.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >