Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cucu pengasas Metro mengaku hisap ganja setiap hari kepada CNB

Feb 03, 2017 | 03:17 PM



SEORANG waris keluarga pengasas gergasi runcit Metro, yang sedang dibicarakan bagi tuduhan dadah, mengakui dalam satu kenyataan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 2014 bahawa dia menghisap ganja setiap hari.



Pada hari pertama perbicaraan pada Jumaat (3 Feb), mahkamah mendengar bahawa dalam satu kenyataan yang diberi pada 31 Oktober tahun itu, Ong Jenn, kini 41 tahun, juga memberitahu Inspektor Balai (SI) Jeffrey Lim dia menghisap ganja sebelum tidur hanya sehari sebelum itu.



Ong, yang diwakili oleh Peguam Kanan (SC) Tan Chee Meng dari WongPartnership, didakwa pertama kali pada 1 Nov 2014 dengan tuduhan mengedar ganja, serta memiliki dan menggunakan dadah.



Dia dikenakan dua tuduhan terlibat dalam konspirasi dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Ismail Abdul Majid dalam pengedaran dadah terkawal.



Baki enam tuduhan diketepikan dahulu.



Mohamad Ismail didakwa memiliki satu blok 92.68g bahan sayur yang kemudiannya didapati adalah ganja dekat perhentian bas di Jurong Port Road pada kira-kira 4.20 petang pada 30 Okt 2014.



Dia juga didakwa memiliki satu blok mengandungi 385.1g bahan sayur yang kemudian didapati adalah campuran ganja.



Pada 16 September 2015, dia dihukum penjara 22 tahun dan sebat 18 kali selepas mengaku bersalah terhadap tiga daripada tujuh tuduhan berkaitan dadah.



Dua daripada tuduhan Mohamad Ismail ada kaitan dengan tuduhan yang sedang dihadapi Ong.



Dalam kenyataannya, Ong menyebut Mohamad Ismail sebagai "Mike".



Ong juga mengaku wang $2,000 yang ditemui semasa dia ditahan di Ngee Ann City pada pada 31 Okt 2014 adalah untuk membayar "Mike" bagi dua blok "weed", iaitu slanga bagi ganja.



Ong memberitahu SI Lim, yang memberi keterangan pada Jumaat, dia membeli ganja daripada Mohamad Ismail lebih 15 kali dan dadah itu bagi kegunaan sendiri.



Dalam hujahnya, SC Tan berkata tidak seperti yang dinyatakan dalam kedua-dua tuduhan yang diteruskan, anak guamnya tidak mendapatkan dadah itu bagi tujuan pengedaran.



Ong cucu pengasas Metro, Encik Ong Tjoe Kim, dan anak bekas pengarah urusan kumpulannya, Encik Jopie Ong.



Perbicaraan disambung.



Jika disabitkan terlibat dalam pengedaran dadah, bagi setiap tuduhan, Ong boleh dihukum penjara antara lima dan 20 tahun dan sebat antara lima hingga 15 kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >