Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cukai hartanah lebih rendah bagi pemilik flat HDB tahun depan

Nov 28, 2016 | 11:30 AM



PEMILIK flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan membayar cukai hartanah lebih rendah tahun depan (2017), manakala hampir semua pemilik hartanah privet akan mempunyai bil lebih rendah atau tiada perubahan, kata Penguasa Hasil Dalam Negeri Singapura (Iras) pada Isnin (28 Nov).



Penghuni pemilik flat HDB satu dan dua bilik terus dikecualikan daripada cukai hartanah, manakala pemilik flat tiga bilik akan bayar hingga $18.40.



Tahun ini, pemilik flat tiga bilik membayar hingga $37.60, sementara pada 2015 hingga $49.60.



Bagi tahun depan, pemilik flat empat bilik akan membayar antara $52 dan $100, berbanding $71.20 hingga $119.20 tahun ini. Pemilik flat lima bilik akan membayar $83.20 hingga $ 131,20 tahun depan, turun daripada $104.80 hingga $152.80 tahun ini.



Cukai hartanah bagi flat eksekutif antara $95.20 dan $143.20 tahun depan, berbanding $116.80 hingga $164.80 tahun ini.



Semua pemilik hartanah akan menerima bil cukai hartanah mereka menjelang akhir Disember. Ia perlu dibayar menjelang 31 Jan tahun depan.



Iras mengkaji nilai tahunan hartanah setiap tahun bagi memastikan ia mencerminkan pasaran sewa semasa, katanya dalam satu kenyataan.



Pemilik hartanah yang menghadapi masalah kewangan harus menghubungi Iras di 1800-356-8300 untuk mendapatkan bantuan bagi membincangkan pelan pembayaran sesuai sebelum akhir Januari depan.



Rancangan bayaran ini boleh termasuk penangguhan pembayaran dan ansuran yang dijadualkan.



Mereka yang gagal membayar atau tidak mengatur untuk berbuat demikian menjelang tarikh akhir akan dikenakan penalti 5 peratus.



Iras menambah ia menggalak pemilik hartanah menyertai skim Giro agar mempunyai hingga 12 ansuran bulanan tanpa faedah atau memilih potongan sekali.



Pembayar cukai yang mempunyai akaun bank dengan DBS, POSB, UOB atau OCBC boleh memohon Giro melalui perbankan Internet dan menerima kelulusan segera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >