Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cukai jalan raya kenderaan elektrik akan dikurangkan

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



CUKAI jalan raya bagi kenderaan elektrik pasaran umum akan direndahkan supaya setara dengan jenis model kereta lain yang menggunakan enjin bahan api, bermula tahun depan, mengurangkan satu lagi adangan dalam usaha menggalak penduduk di sini menggunakan kenderaan lebih bersih.



Bercakap di parlimen semalam, Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkata cukai jalan raya bagi kereta elektrik telah diturunkan sehingga 40 peratus pada Januari lalu.



Namun model kereta pasaran umum yang lebih besar masih menanggung cukai jalan raya lebih tinggi berbanding kereta serupa yang menggunakan petrol.



Untuk menangani perkara ini, Encik Ong berkata cukai jalan raya bagi kereta elektrik dalam jalur kuasa 90kW hingga 230kW akan disesuaikan lagi.



Bagi berbuat demikian, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) - yang mengambil alih peranan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) sebagai pengawal piawaian mengecas kenderaan elektrik (EV) - akan menyatukan cukai jalan raya kereta elektrik dalam jalur 30kW hingga 90kW dengan kereta dalam jalur 90kW hingga 230kW.



Justeru, kumpulan kereta ini akan dikenakan cukai jalan raya bagi jalur lebih rendah.



"Dengan cara ini, kita mengurangkan cukai jalan raya bagi kereta elektrik di jalur atasan," kata Encik Ong.



Menurut beliau, selepas perubahan ini, cukai jalan raya tahunan bagi kereta Hyundai Kona Electric akan berkurangan daripada $1,400 ke $1,100 dan daripada $2,300 kepada $1,500 bagi Tesla Model 3.



"Ini menjadikan cukai jalan raya mereka lebih setara berbanding model kereta enjin bahan api yang serupa," kata Encik Ong.



Beliau akur ada sebahagian pemerhati juga berkata cukai jalan raya bagi EV mewah lebih tinggi berbanding kereta serupa yang menggunakan bahan api.



Namun Encik Ong berkata ini menjejaskan kereta mewah dan akan dibiarkan dahulu.



Bagi memberi galakan lanjut kepada pembeli umum, Encik Ong berkata cukai utama kereta, atau Bayaran Pendaftaran Tambahan (ARF) minimum $5,000 akan ditiadakan dari Januari tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >