Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cukai kekayaan yang diumum bukanlah yang terakhir: Indranee

Feb 23, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH Singapura komited terhadap struktur cukai yang progresif, dengan langkah cukai kekayaan yang diumumkan dalam Belanjawan tahun ini bukanlah yang terakhir, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Kewangan, Cik Indranee Rajah semalam.



"Setiap Belanjawan dibina berasaskan masa lalu. Melangkah ke hadapan, usaha menangani ketidaksamaan pastinya tetap menjadi keutamaan kami," katanya dalam satu perbincangan meja bundar dengan dua ahli panel lain di stesen radio Money FM 89.3.



Dalam ucapan Belanjawan sulungnya Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, telah mengumumkan rancangan untuk menaikkan cukai bagi golongan berpendapatan tinggi melalui peningkatan cukai ke atas pendapatan peribadi, hartanah kediaman dan kereta mewah.



Cik Indranee berkata pemerintah "secara berterusan menyemak" langkah sedemikian, lapor The Straits Times.



"Tetapi kami berasa langkah dalam Belanjawan tahun ini akan menjadi cara yang paling ketara untuk kami mencukai kekayaan," ujarnya.



Sebagai contoh, mulai 2024, pendapatan yang boleh dicukai melebihi $500,000 hingga $1 juta bagi penduduk akan dikenakan cukai sebanyak 23 peratus, manakala pendapatan melebihi $1 juta akan dikenakan cukai sebanyak 24 peratus - kedua-duanya meningkat daripada 22 peratus sekarang.



Langkah ini dijangka menjejas seramai 1.2 peratus pembayar cukai pendapatan peribadi tertinggi.



"Kami fikir itu adalah adil kerana mereka boleh menanggungnya, mereka boleh menangani jumlah itu," kata Cik Indranee, yang juga Menteri Kedua Pembangunan Negara.



Beralih kepada peraturan cukai baru untuk hartanah, yang disifatkannya sebagai satu lagi proksi yang baik bagi kekayaan, Cik Indranee berkata:



"Jika anda melihat cara ia distrukturkan, mereka yang memiliki flat HDB tidak akan terjejas, dan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada kondominium tidak akan terjejas.



"Ia menjejas mereka yang berada di hartanah berhalaman amat mewah serta kondominium mewah yang akan terjejas."



Kadar cukai untuk hartanah kediaman yang tidak diduduki pemilik - termasuk hartanah pelaburan - akan dinaikkan kepada antara 12 dan 36 peratus, naik daripada 10 hingga 20 peratus sekarang.



Rumah yang diduduki pemilik akan dikenakan cukai 6 peratus hingga 32 peratus bagi bahagian nilai tahunan melebihi $30,000, meningkat daripada 4 peratus hingga 16 peratus hari ini.



"Kami cuba menjadikannya lebih progresif, tetapi juga cuba menjadikannya ketara dan tidak memberi ruang untuk dielak," kata Cik Indranee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >