Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022

Cukai peribadi lebih tinggi bagi golongan pendapatan tertinggi

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



GOLONGAN berpendapatan tertinggi tidak lama lagi perlu membayar cukai pendapatan peribadi lebih tinggi, dalam usaha Singapura menjadikan rejim cukai pendapatan individu lebih progresif.



Kadar cukai pendapatan peribadi teratas akan dinaikkan mulai tahun penilaian 2024 iaitu bagi pendapatan yang diraih daripada 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.



Penduduk membayar cukai yang berpendapatan melebihi $500,000 sehingga $1 juta, akan dikenakan cukai sebanyak 23 peratus, umum Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa Belanjawan 2022, semalam.



Mereka yang berpendapatan melebihi $1 juta pula, akan dicukai sebanyak 24 peratus.



Penduduk yang membayar cukai merujuk kepada warga Singapura dan Penduduk Tetap yang menetap di Singapura kecuali tiada di sini buat sementara waktu serta warga asing yang menetap atau bekerja di Singapura selama 183 hari atau lebih pada tahun sebelum tahun penilaian.



Ini lebih tinggi berbanding kadar cukai 22 peratus sekarang bagi pendapatan yang melebihi $320,000.



Pendapatan melebihi $320,000 sehingga $500,000 akan tetap dicukai pada kadar 22 peratus.



Menurut Encik Wong semasa mengumumkan hal ini dalam ucapan Belanjawannya, Encik Wong berkata terdapat ruang menjadikan cukai pendapatan peribadi lebih progresif, agar mereka yang mempunyai pendapatan lebih tinggi dapat menyumbang lebih.



"Kenaikan cukai ini dijangka menjejas 1.2 peratus teratas pembayar cukai pendapatan peribadi dan akan menjana pendapatan cukai tambahan $170 juta setiap tahun," ujar Encik Wong.



Kali terakhir Singapura menaikkan cukai pendapatan peribadi bagi golongan berpendapatan paling tinggi adalah 2 mata peratusan, daripada 20 peratus kepada 22 peratus, bagi tahun penilaian 2019.



Dalam pada itu, Encik Wong berkata Singapura akan kehilangan pendapatan cukai korporat apabila perubahan pada peraturan cukai antarabangsa berkuat kuasa dan akan menyesuaikan sistem cukainya sebagai respons kepada perkembangan cukai global.



Perubahan ini mungkin termasuk cukai tokokan agar negara ini boleh selaras dengan piawaian antarabangsa baru.



"Sistem cukai korporat kita akan perlu dikemas kini kerana perkembangan cukai global yang berkaitan dengan inisiatif Hakisan Dasar dan Peralihan Untung atau Base Erosion and Profit Shifting (BEPS) 2.0," terang Encik Wong.



Singapura menjangkakan BEPS 2.0 akan menyebabkan persaingan lebih sengit untuk pelaburan sedang pemerintah berusaha membina semula ekonomi pasca pandemik.



Negara ini adalah antara 130 negara yang memeterai satu perjanjian tanda mercu pada Julai tahun lalu, yang menyediakan rangka kerja bagi pembaharuan semula peraturan cukai antarabangsa dan menyokong cukai korporat minimum global 15 peratus mulai 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >