Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BELANJAWAN: SINGAPURA YANG LEBIH HIJAU

Cukai petrol dinaikkan, rebat cukai jalan raya bantu tangani kenaikan kos

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



PEMANDU membayar harga lebih tinggi bagi petrol sejak semalam, selepas cukai petrol dinaikkan bagi kali pertama dalam enam tahun.



Cukai petrol gred premium (98-octane dan ke atas) dinaikkan 15 sen setiap liter kepada 79 sen seliter.



Cukai petrol bagi gred pertengahan juga akan dinaikkan 10 sen.



Kali terakhir cukai petrol dinaikkan adalah pada 2015 apabila kadar bagi petrol gred premium dan petrol gred pertengahan masing-masing dinaikkan sebanyak 20 sen dan 15 sen setiap liter.



Mengumumkan perubahan ini semalam, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata pemerintah telah mengetepikan $113 juta untuk memberikan rebat cukai jalan raya bagi kenderaan yang menggunakan petrol dan petrol-hibrid.



Rebat cukai jalan raya akan dikenakan bagi tempoh satu tahun, dari 1 Ogos 2021 hingga 31 Julai 2022, umum Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



"Untuk memberikan sokongan lanjut kepada mereka yang bergantung pada kenderaan sebagai mata pencarian, pemerintah akan memberikan Rebat Cukai Petrol bagi pemandu aktif teksi petrol dan petrol-hibrid dan kereta sewa privet, serta pemilik individu motosikal petrol dan petrol-hibrid sehingga 400cc, tambahan pada rebat cukai jalan raya mereka sekarang," kata LTA.



Ia menambah bahawa rebat tersebut akan diberikan secara automatik kepada mereka yang layak dan tiada sebarang permohonan perlu dilakukan.



Butiran lanjut akan diumumkan pada April nanti.



MENGGALAKKAN PENGGUNAAN KERETA ELEKTRIK



Demi membantu usaha Singapura mengurangkan pengeluaran karbon dengan menggunakan kenderaan tenaga bersih, pemerintah akan membelanjakan $30 juta dalam lima tahun mendatang bagi inisiatif berkenaan kenderaan elektrik (EV).



Ini di bawah Pelan Hijau Singapura 2030 yang membentangkan strategi Singapura untuk menjadi negara yang lebih mesra alam dan mampan.



Encik Heng juga berkata 60,000 tempat mengecas kenderaan elektrik akan disediakan di tempat meletak kereta awam serta premis privet jelang 2030.



"Untuk menggalakkan penggunaan awal kereta elektrik, kami akan mengurangkan perbezaan kos antara kereta elektrik dan kereta Enjin Pembakaran Dalaman atau 'Internal Combustion Engine'," ujar Encik Heng.



Beliau menambah bahawa yuran pendaftaran tambahan minimum bagi kereta elektrik akan diturunkan daripada $5,000 kepada $0 dari Januari 2022 sehingga Disember 2023.



Cukai jalan raya bagi kereta elektrik juga akan disesuaikan.



Butiran lanjut akan diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) kelak.



Sementara itu, Encik Heng turut mengumumkan beberapa inisiatif lain di bawah Pelan Hijau itu semalam.



Antaranya, Dana Transformasi Kelompok Agromakanan sebanyak $60 juta yang akan menggantikan Dana Produktiviti Pertanian.



Dana itu akan menyokong penggunaan teknologi dalam sektor agromakanan.



Usaha kemampanan memerlukan modal, kata Encik Heng.



Oleh itu, pemerintah akan menawarkan bon hijau bagi projek infrastruktur awam.



Tawaran tersebut akan menjadi kayu ukur bagi pasaran bon hijau korporat Dolar Singapura, termasuk standard dan rangka kerja serta hasil yang didapatkan.



Beberapa projek hijau bernilai sehingga $19 bilion telah dikenal pasti, kata Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >