Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Cukai setem pembeli lebih tinggi, pinjaman HDB lebih ketat untuk redakan pasaran hartanah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Cukai setem pembeli lebih tinggi, pinjaman HDB lebih ketat untuk redakan pasaran hartanah

Dec 16, 2021 | 09:19 AM

PEMERINTAH telah memperkenalkan langkah penyejukan hartanah, antaranya yang akan melihat pembeli membayar cukai setem yang lebih tinggi.

Langkah itu diambil sedang harga hartanah terus meningkat semasa pandemik Covid-19 ini.

Mulai Khamis (16 Dis), Cukai Setem Tambahan bagi Pembeli (ABSD) yang perlu dibayar untuk pembelian hartanah tambahan akan dinaikkan.

Nisbah Bayaran Pinjaman Hutang (TDSR) untuk peminjam juga akan diperketatkan, manakala pinjaman daripada Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) akan diturunkan daripada 90 peratus kepada 85 peratus daripada harga pembelian hartanah.

"Langkah-langkah perumahan privet ditentukur untuk mengurangkan permintaan meluas, terutamanya daripada mereka yang membeli hartanah untuk pelaburan dan bukannya untuk didiami," kata Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Negara dan Penguasa Kewangan Singapura dalam satu kenyataan bersama lewat malam tadi.

"Langkah-langkah untuk mengetatkan syarat pembiayaan untuk perumahan awam dan swasta akan menggalakkan kehematan kewangan."

Kadar ABSD akan meningkat daripada 12 peratus kepada 17 peratus bagi warga yang membeli harta kediaman kedua mereka, dan daripada 15 peratus kepada 25 peratus bagi mereka yang membeli hartanah ketiga dan seterusnya.

Penduduk tetap yang membeli harta kediaman kedua mereka akan menyaksikan kadar ABSD meningkat daripada 15 peratus kepada 25 peratus.

Jika mereka membeli hartanah ketiga dan seterusnya, kadarnya akan meningkat daripada 15 peratus kepada 30 peratus.

Warga asing yang membeli mana-mana harta kediaman akan membayar kadar ABSD sebanyak 30 peratus, meningkat daripada 20 peratus sekarang.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3