Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cukup dana Edusave bagi pelajar menengah beli peranti pembelajaran peribadi

Dec 30, 2020 | 05:30 AM



KEBANYAKAN pelajar sekolah menengah akan mempunyai cukup dana dalam akaun Edusave mereka bagi membeli peranti pembelajaran peribadi (PLD), kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong semalam.



Ini setelah semua pelajar Singapura yang layak menerima tokokan $200 dalam Edusave mereka, untuk membantu mereka membeli PLD.



Pelajar memerlukan akan menerima sokongan tambahan, agar mereka tidak perlu mengeluarkan wang tunai bagi membeli peranti itu, kata Encik Wong.



"MOE juga sedang bekerjasama dengan IMDA (Penguasa Pembangunan Infokom Media) untuk menyediakan akses jalur lebar bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan lebih rendah.



"Kami akan memastikan setiap pelajar di sekolah menengah mendapat PLD secara dimampui, dan juga akses kepada Internet," katanya.



Beliau berkata demikian semasa berucap di Upacara Pelantikan dan Penghargaan bagi Pengetua di Kementerian Pendidikan (MOE), yang melihat 30 pendidik kanan bersara.



Semua pelajar sekolah menengah akan memiliki PLD sendiri menjelang hujung tahun depan, di bawah Program Celik Digital Nasional (NDLP) yang diumum sebelum ini.



Encik Wong juga mengumumkan sekolah, maktab rendah dan Institut Millennia (JC/MI) akan mempunyai hari pembelajaran di rumah (HBL) sekitar setiap dua minggu, bermula dengan beberapa peringkat pelajar mulai penggal tiga tahun depan.



"Akan ada Hari HBL yang dijadual secara tetap bagi pelajar sepanjang penggal untuk membantu pelajar membangun pemikiran dan tabiat pembelajaran arah diri.



"Hari HBL akan merangkumi masa bagi pembelajaran kurikulum, serta masa dan ruang khas untuk pembelajaran yang diusaha pelajar sendiri, dengan pelajar memburu minat mereka sendiri dan belajar di luar kurikulum," kata Encik Wong,



Hari HBL akan ditetapkan sekitar setiap dua minggu, tidak termasuk tempoh peperiksaan, dan ia akan merangkumi sekitar 10 peratus masa kurikulum bagi sekolah menengah, atau sekitar 10 hingga 20 peratus bagi JC/MI, yang boleh memilih untuk menambah Hari HBL.



Hari HBL akan kurang 'berstruktur' berbanding hari sekolah biasa, untuk memberi ruang kepada pelajar belajar sendiri. Sekolah akan menentukan subjek dan topik untuk dipelajari pada Hari HBL - mengambil kira pelbagai faktor, termasuk kesesuaian subjek.



Pelajar berkeperluan tinggi, pelajar memerlukan lebih bimbingan, dan mereka yang tidak mempunyai sekitaran sesuai di rumah boleh kembali ke sekolah pada Hari HBL, dengan konsultasi guru mereka.



Dalam pada itu, sekolah akan menjalankan usaha bagi memastikan pelajar menggunakan PLD dengan baik, dan melungsuri ruang dalam talian secara selamat dan bertanggungjawab.



PLD mereka akan dipasang dengan Aplikasi Pengurusan Peranti bagi menyediakan sekitaran digital lebih terkawal.



MOE juga akan menjalankan satu parojek perintis skala kecil di lima sekolah rendah pada 2021 bagi murid darjah atas. Projek perintis itu akan mengkaji penggunaan PLD di lima sekolah rendah itu, dan bagaimana ia menjejas murid lebih muda, sebelum MOE membuat keputusan tentang penggunaan alat itu di peringkat sekolah rendah.



Encik Wong semalam turut mengumumkan satu anugerah baru, yang mengiktiraf usaha inovatif berterusan sekolah dalam meningkatkan kehidupan pelajar memerlukan, akan diperkenal tahun depan.



Anugerah Lee Hsien Loong bagi Inovasi dalam Mempertingkat Pelajar (LHL AIUS) itu akan menggantikan Anugerah Lee Hsien Loong bagi Inovasi dalam Kursus Normal (LHL AIN), yang kali pertama diberi pada 2009 untuk mengiktiraf sekolah yang meningkatkan pendidikan kursus Normal.



Langkah menggantikan anugerah lama dengan yang baru itu sejajar dengan langkah meniadakan sistem penyaluran pelajar.




Sekilas pengumuman



  • Sekolah menengah, maktab rendah dan Institut Millennia akan laksana hari pembelajaran di rumah (HBL) sekali dalam sekitar setiap dua minggu, bermula dengan beberapa peringkat pelajar pada penggal tiga 2021

  • Menjelang penggal 4 2022, kesemua peringkat pelajar di sekolah menengah dan JC/MI akan mempunyai Hari HBL.

  • Semua pelajar sekolah menengah akan memiliki peranti pembelajaran peribadi (PLD) jelang hujung 2021

  • Program perintis di lima sekolah rendah pada 2021 bagi murid darjah atas untuk kaji penggunaan PLD di peringkat sekolah rendah, dan bagaimana ia menjejas murid lebih muda

  • Anugerah baru iktiraf usaha sekolah tingkatkan kehidupan pelajar memerlukan diperkenal tahun depan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >