Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuma Halimah dapat sijil kelayakan EP

* Buka laluan bagi beliau jadi Presiden wanita pertama S'pura dan Presiden diperuntuk pertama * Dua lagi diputuskan tidak layak tanding, akan terus berkhidmat pada masyarakat
Sep 12, 2017 | 05:30 AM



CIK Halimah Yacob satu-satunya yang diberi Sijil Kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden, sekali gus membuka laluan bagi beliau mencipta sejarah sebagai presiden wanita pertama Singapura.



Beliau juga dijangka Melayu pertama menjadi presiden sejak Encik Yusof Ishak - Presiden pertama Singapura yang berkhidmat dari 1965 hingga 1970.



Cik Halimah perlu menjalani proses Hari Penamaan Calon esok dan kemudian mengangkat sumpah sebelum diisytihar Presiden kelapan negara.



Berusia 63 tahun, Cik Halimah, yang juga mantan Speaker Parlimen, diumumkan menerima Sijil Kelayakan daripada Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) dalam satu kenyataan Jabatan Pilihan Raya (ELD) semalam.



Dua lagi orang - pengerusi syarikat khidmat marin Encik Farid Khan, 61 tahun; dan ketua eksekutif syarikat hartanah Encik Salleh Marican, 67 tahun - tidak diberi sijil itu dan diberitahu mereka tidak layak bertanding.



Tidak ada lagi sijil kelayakan akan dikeluarkan kerana permohonan telah ditutup pada 4 September.



Pilihan Raya Presiden kali ini dikhaskan bagi kaum Melayu dan bakal calon memerlukan dua sijil - Sijil Kelayakan dan Sijil Masyarakat Melayu - untuk bertanding.



Lima individu memohon bagi Sijil Kelayakan, tetapi dua daripada kumpulan ini tidak mengisytiharkan diri mereka sebagai anggota masyarakat Melayu.



Dalam kenyataannya, ELD berkata ia mengeluarkan tiga Sijil Masyarakat Melayu.



Daripada kumpulan ini, hanya Cik Halimah layak bertanding secara automatik.



Sebaliknya, kelayakan Encik Farid dan Encik Salleh sukar ditentukan kerana kededuanya tidak memimpin syarikat yang mempunyai ekuiti pemegang saham $500 juta bagi tiga tahun lalu - syarat baru yang dikenakan bagi calon daripada sektor swasta selepas pindaan Perlembagaan tahun lalu.



Menjawab soalan tentang sama ada beliau prihatin mengenai pandangan awam jika menjadi presiden tanpa bertanding semasa bercakap dengan media semalam, Cik Halimah berkata:



"Janji saya adalah akan berkhidmat kepada warga Singapura dan ini tidak berubah sama ada pilihan raya berlangsung atau tidak... komitmen dan kesungguhan saya berkhidmat kepada warga Singapura tetap sama.



"Saya kekal komited sepenuhnya berkhidmat kepada warga Singapura."



Dalam dua kenyataan berasingan semalam, Encik Farid dan Encik Salleh mengucapkan terima kasih kepada warga Singapura, keluarga dan rakan yang menyokong mereka, dan berkata mereka menerima keputusan PEC dan Jawatankuasa Masyarakat.



"Walau hampa dengan keputusan jawatankuasa, ia tidak akan menghambat saya daripada terus berkhidmat kepada watan," ujar Encik Farid.



Cik Halimah dijangka diisytihar sebagai Presiden, selepas melalui proses penamaan calon, yang ditutup pada 12 tengah hari esok.




 Farid anggap keputusan tanding pengalaman indah



"Saya ingin berterima kasih kepada rakyat Singapura, keluarga dan rakan-rakan atas sokongan mereka sejak saya umumkan keputusan bertanding dalam pilihan raya Presiden. Malangnya, ia tidak menjadi kenyataan. Namun, ia adalah satu perjalanan bermakna dan satu pengalaman indah."

- Encik Farid Khan.



Salleh akan terus curah khidmat dengan cara lain



"Saya telah mengalami banyak kekecewaan dalam hidup saya, terutama dalam perniagaan, jadi saya biasa dengan kekecewaan. Saya akan terus berkhidmat kepada negara saya dalam pelbagai cara lain."
- Encik Salleh Marican.



Laporan lain: Iltizam berkhidmat kepada warga, bertanding atau tidak




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >