Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Curi ambulans ke kondo temanita: Lelaki diarah jalani rawatan

Perintah mahkamah ke atas anggota NS ada sejarah sakit mental sebagai ganti hukuman penjara
Dec 12, 2020 | 05:30 AM



SEORANG anggota Perkhidmatan Negara (NS) bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) diperintahkan supaya menjalani rawatan mandatori selama dua tahun kerana mencuri ambulans dan membawanya ke kondominium temanitanya.



Haziq Syamim Esa, yang mempunyai sejarah gangguan skizofrenia (sejenis sakit mental), diberitahu oleh sebuah mahkamah daerah semalam bahawa dia harus menjalani rawatan bagi keadaan mentalnya sebagai ganti hukuman penjara.



Lelaki berusia 21 tahun itu juga dilarang memandu semua kelas kenderaan selama dua tahun.



Haziq mengaku bersalah bulan lalu terhadap satu tuduhan mencuri dan menipu.



Dia juga mengaku bersalah terhadap satu tuduhan tidak berkaitan bagi tindakan menyebabkan kecederaan ke atas orang lain dengan melakukan tindakan terburu-buru.



Kejadian itu berlaku pada 12 Mac apabila Haziq menunggang basikal ke Balai Bomba Sengkang dengan memakai kemeja-T perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) dan seluar hitam.



Dia memberitahu seorang pegawai pengawal di balai bomba itu bahawa dia pegawai EMS yang tidak bertugas dan perlu bercakap dengan seorang rakan sekerja di dalam.



Haziq, yang dibenarkan memasuki premis itu sekitar 3 pagi, melihat sebuah ambulans kosong diletak di kawasan itu dengan enjinnya dihidupkan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Cheng Yuxi berkata: "Sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard, pemandu tidak mengunci ambulans dan meninggalkan kunci di dalam pencucuhannya dengan enjin dihidupkan, kerana ini akan membolehkan respons lebih cepat terhadap insiden."



Haziq memasuki kenderaan itu dan memandu ke kondominium The Amore di Edgedale Plains, Punggol, untuk mengunjungi temanitanya yang tinggal di sana.



Apabila sampai di tempat tersebut, dia menyalakan lampu lap lip ambulans dan menipu seorang pengawal keselamatan bahawa terdapat kecemasan perubatan.



DPP itu menambah: "Tertuduh dengan sengaja membuat (pengawal) mengangkat penghalang bagi ambulans itu masuk, kerana itu kenderaan kecemasan."



Pegawai SCDF di balai bomba menyedari ambulans itu hilang sekitar 4 pagi dan mengerahkan sekumpulan anggota bomba mencarinya.



Mereka menemui ambulans tersebut di kondominium itu pada pagi tersebut dan Haziq ditahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >