Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Curi hongbao $5,000, pembantu rumah dipenjara sebulan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Curi hongbao $5,000, pembantu rumah dipenjara sebulan

Feb 16, 2018 | 05:30 AM

SEORANG amah Indonesia yang mencuri hongbao berisi $5,000 milik majikannya telah dijatuhkan hukuman penjara satu bulan, semalam.

Mahkamah diberitahu Aprianah, 35 tahun, bosan kerana sering diherdik majikannya, Encik Soh Meng Sing, 90 tahun, setiap kali lelaki itu berada dalam 'mood' yang kurang baik.

Siasatan menunjukkan Aprianah telah meninggalkan rumah Encik Soh di Boon Lay Drive pada 26 Februari tahun lalu apabila dia terlihat kunci laci almari Encik Soh tertinggal.

Dia keluar tetapi kembali untuk mengambil peket-peket merah yang mengandungi wang tersebut.

Aprianah kemudian mengemas barangnya dan menuju ke Terminat Feri HarbourFront untuk ke Batam.

Dia menggunakan sebahagian wang itu membelit tiket pesawat untuk pulang ke pulau asalnya. Di sana, dia menukar baki wang yang dicuri dan menggunakannya untuk membayar hutang rumahnya.

Encik Soh membuat laporan polis pada 27 Februari.

Aprianah ditangkap pada 6 Februari di Lapangan Terbang Changi ketika dia masuk semula ke Singapura.

Tertuduh tidak memulangkan semula wang yang dicuri.

Hakim Daerah Adam Nakhoda berkata, Aprianah telah mengambil kesempatan terhadap keadaan mangsa yang seharusnya dijaga.

Aprianah, yang hukumannya bermula 10 Februari lalu, boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun dan/atau didenda.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3