Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Curi kereta: Dua remaja 19 tahun didakwa

Lima anggota polis cedera ketika cuba halang pemandu larikan diri
Nov 03, 2021 | 05:30 AM



DUA remaja didakwa semalam selepas kejadian yang menyebabkan lima anggota polis cedera semasa percubaan menghalang pemandu kereta curi daripada melarikan diri.



Caius Chan Jing Kai dan Lakshan Saravanan, kedua-duanya 19 tahun, didakwa di mahkamah daerah atas tuduhan mencuri sebuah kereta Hyundai Accent berwarna hitam, Sabtu lalu.



Lakshan menghadapi satu lagi tuduhan mencuri sepasang plat pendaftaran kenderaan dari sebuah kereta lain.



Sewaktu sidang media semalam, pihak polis berkata pegawai mereka menerima laporan mengenai pencurian kereta sekitar 8.30 malam Sabtu lalu.



Seorang lelaki berusia 22 tahun, yang menyediakan perkhidmatan kongsi naik kereta atau carpool, berkata dua penumpang lelakinya telah mencuri dan memandu kenderaan itu ketika beliau keluar membeli rokok untuk mereka di Jalan Kayu.



Salah seorang daripada pencuri itu dikatakan memandu kereta itu pada 2.15 pagi Ahad sebelum ia melanggar sebuah kereta polis yang tidak bertanda dan sebuah van.



Para pegawai yang berada dalam kereta polis itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kereta yang dicuri itu lalu memecut laju tidak lama kemudian.



Pemandu itu berjaya ditahan sekitar enam jam kemudian dengan bantuan kamera polis. Sebuah alat pelumpuh (stun device) turut ditemui.



Penumpangnya semasa kejadian sebelum ini, seorang gadis turut ditahan.



Semasa ditahan, dia dikatakan telah memberikan kenderaan yang dicuri itu kepada rakan subahatnya.



Siasatan mendapati plat pendaftaran kenderaan kereta curi itu telah ditukar kepada plat yang dicuri dari kereta lain di kawasan Marine Parade.



Anggota polis mengenal pasti kereta curi itu dengan dua lelaki di dalamnya sekitar 9 pagi pada Ahad lalu di tempat letak kereta di Ang Mo Kio Avenue 6.



Apabila pemandu itu diarah keluar dari kereta, dia didakwa memecut, menyebabkan tiga pegawai terjatuh dan cedera ringan, kata polis.



Sebuah kereta polis yang tidak bertanda kemudian mengejar kenderaan yang dicuri itu. Ketika percubaan mengelak dari ditangkap itu, pemandu kereta yang dicuri melanggar dua kereta yang diletakkan di sepanjang jalan dan kereta polis yang mengejarnya, dan dalam pada masa yang sama mencederakan dua pegawai polis di dalamnya.



Kereta itu akhirnya berhenti di sepanjang Lentor Plain dan sebilah pisau ditemui di dalamnya. Kedua-dua pemandu dan penumpang kereta tersebut kemudian ditahan.



Lima anggota polis itu mengalami pelbagai kecederaan termasuk melecet dan lebam.



Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditahan kemudian kerana disyaki terlibat dalam kecurian itu, menjadikan jumlah suspek yang ditangkap seramai lima orang.



Jika didapati bersalah mencuri kenderaan bermotor dengan niat bersama, Lakshan dan Chan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >