Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Curi minyak gas: Dua bekas pekerja Shell dijel

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



DUA bekas pekerja Shell Eastern Petroleum yang dikaitkan dengan kes melibatkan lebih 300,000 tan minyak gas dicuri bernilai lebih $200 juta - yang terbesar di Singapura - dipenjara semalam.



Bekas penguji keselamatan gas yang dibenarkan itu Muhammad Ashraf Hamzah, yang bersama rakan-rakan kerja lain menyalahgunakan 55,321 tan minyak gas bernilai hampir AS$25 juta ($33 juta) antara 2014 dengan 2016, dijatuhi hukuman penjara sembilan setengah tahun.



Warga Singapura berusia 39 tahun itu menerima sekurang-kurangnya $700,000 melalui penyertaannya dalam konspirasi itu.



Januari lalu, dia mengaku bersalah di mahkamah daerah di atas sembilan tuduhan pecah amanah melibatkan minyak gas bernilai lebih AS$18 juta.



Sembilan tuduhan serupa yang berkait dengan baki jumlah itu dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.



Ashraf juga mengaku bersalah di atas satu tuduhan menggunakan sebahagian wang yang diterima itu apabila dia membeli sebuah kereta Volvo pada harga sekitar $200,000 pada 2017.



Bekas rakan sekerjanya, Sadagopan Premnath, 40 tahun, yang bekerja sebagai "pekerja lapangan atau pengendali panel", dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan lapan bulan semalam.



Disember lalu, warga India itu mengakui peranannya dalam menyalahgunakan minyak gas bernilai sekitar AS$36.1 juta antara 2017 dengan 2018.



Sadagopan menerima sekitar AS$150,000 daripada penglibatannya dalam skim itu.



Kes-kes melibatkan pesalah lain yang didakwa termasuk Muzaffar Ali Khan Muhamad Akram, 40 tahun, Juandi Pungot, 44 tahun, dan Abdul Latif Ibrahim, 63 tahun, masih belum selesai.



Pencurian minyak itu berlaku di Shell Pulau Bukom, pusat eksport dan pengeluaran petrokimia terbesar syarikat itu di rantau Asia Pasifik.



Mahkamah diberitahu bahawa sekitar 2007, Juandi dan Abdul Latif memulakan konspirasi untuk menyalahgunakan minyak gas dari Shell.



Timbalan Pendakwa Raya Stephanie Chew memberitahu mahkamah bahawa mereka mula melakukan "pemuatan haram untuk kapal tangki Anic 1", sebuah kapal milik Sentek Marine & Trading.



"Juandi dan Latif dapat melakukannya tanpa dikesan, kerana mereka akan mengubah meter tangki. Mereka menjadi semakin berani dengan kejayaan mereka dan terus mengembangkan usaha jenayah mereka itu," katanya.



Mahkamah diberitahu bahawa antara 2008 dengan pertengahan 2013, pasangan itu meluaskan muatan haram mereka ke lebih banyak kapal tangki lain, dan merekrut rakan-rakan kerja lain, termasuk Ashraf yang disertakan selewat-lewatnya pada 2010.



Ashraf meninggalkan sindiket itu pada 2016.



Mahkamah diberitahu bahawa Juandi merekrut Sadagopan ke dalam sindiket itu pada pertengahan 2017.



DPP berkata Muzaffar direkrut antara akhir 2007 dengan awal 2008.



Seorang wakil Shell melaporkan kepada polis pada Ogos 2017 setelah syarikat itu mengesan kehilangan bahan bakar.



Sesiapa yang didapati bersalah melakukan pecah amanah boleh dipenjara hingga 15 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >