Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Curi motosikal: Remaja dihukum jalani latihan pemulihan

Aug 04, 2021 | 08:58 PM



SEORANG belia 17 tahun belajar memulakan enjin motosikal tanpa menggunakan kunci rasminya daripada menonton video YouTube bagi membolehkannya mencuri motosikal bersama teman-temannya.



Mahkamah diberitahu pada Rabu (4 Ogos), dia memotong wayar kunci motosikal bagi memulakan enjin. 



Remaja ini yang tidak boleh dinamakan kerana melakukan kesalahan itu ketika berusia di bawah 18 tahun dihukum dengan perintah menjalani latihan pemulihan sekurang-kurangnya setahun. 



Dia akan ditahan di sebuah pusat pemulihan dan diperlukan mengikut rejim ketat yang melibatkan latihan 'foot drill' dan kaunseling.



Remaja ini juga dilarang memiliki semua kelas lesen memandu selama setahun dari tarikh dia dibebaskan.



Rakannya yang turut didakwa bersama, Mohamad Syafiq Mohamad Jeffery, 19 tahun, pula dihukum probesen yang dipantau selama 1½ tahun dan dilarang memiliki semua kelas lesen memandu dalam tempoh berkenaan.



Mahkamah diberitahu dua belia ini dan teman mereka berada di tempat meletak kereta berbilang tingkat sekitar Admiralty Drive pada 13 September tahun lalu.



Mereka memilih untuk mencuri motosikal Yamaha YZF-R15 berwarna ungu yang berharga sekitar $10,000.



Antara 1 dengan 3 pagi, remaja 17 tahun itu melakukan jenayahnya manakala Syafiq pula menunggang motosikal itu ke rumah seorang teman. Syafiq tidak memiliki lesen motosikal pada waktu itu.



Antara 8 hingga 10 pagi kemudian, dua belia ini dan teman mereka bertemu di tempat meletak kereta di Canberra Road untuk menyembur cat hitam pada motosikal yang dicuri itu.



Mereka bagaimanapun menyedari mereka tidak boleh memulakan enjin motosikal itu dengan menggunakan cara yang sama lantas membiarkan motosikal berkenaan di tempat meletak kereta itu.



Pegawai polis yang meronda kawasan itu mengesyaki motosikal yang disembur cat hitam itu telah dicuri kerana ia tidak mempunyai plat lesen. Mereka kemudian dapat mencari nombor pendaftaran kenderaan itu yang membawa mereka mengesan pemilik asalnya.



Sekitar 6.30 petang pada hari yang sama, Syafiq dan belia berkenaan cuba mencuri sebuah motosikal lagi dari tempat meletak kereta berbilang tingkat di Wellington Circle di Sembawang.



Mereka memilih motosikal model Yamaha yang sama berwarna perak dan biru. 



Selepas belia itu cuba memulakan enjinnya tanpa kunci, Syafiq menukar plat lesen motosikal itu dengan plat lesen yang ditemuinya di tempat meletak kereta itu.



Pemilik motosikal perak dan biru itu membuat laporan polis apabila beliau mendapati motosikalnya hilang tetapi menemuinya di Yishun.



Dalam menghukum dua belia ini, hakim daerah May Mesenas menggesa mereka agar fokus pada pelajaran mereka dan mengelakkan diri daripada bergaul dengan kawan-kawan yang negatif.



Beliau juga menasihati ibu bapa mereka yang hadir di mahkamah agar memantau anak-anak mereka.



Kes belia ketiga akan ditangani secara berasingan.



Bagi kesalahan mencuri motosikal, dua belia ini boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >