SINGAPORE Press Holdings (SPH) dan Cuscaden Peak telah mencapai perjanjian untuk menjadikan SPH syarikat privet melalui skim beberapa aturan, selepas Cuscaded menaikkan tawaran untuk membeli syarikat itu, mengatasi bidaan lebih tinggi dan muktamad Keppel Corp yang diumumkan sebelum ini.
Tawaran terbaru Cuscaden, iaitu $2.40 setiap saham, memperuntuk nilai $3.9 bilion ke atas SPH dan adalah tawaran lebih tinggi - dari segi harga dan ketentuan nilai - berbanding yang dikemukakan Keppel, iaitu $2.351 setiap saham, kata SPH pada Isnin (15 Nov), sebelum bursa saham dibuka.
Pemilik saham SPH boleh memilih untuk menerima harga $2.4001 setiap saham, merangkumi bayaran tunai $1.602 setiap saham dan 0.782 unit SPH Reit yang dinilai sebagai 79.8 sen setiap saham; atau secara keseluruhan menerima bayaran tunai iaitu $2.36 setiap saham.