Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuti 'Lepas periksa'

Nov 06, 2021 | 05:30 AM



Tempoh peperiksaan tamat sudah, dan kini ibu bapa perlu beralih perhatian kepada rancangan seterusnya: Aktiviti apa yang nak dilakukan selepas ini? Dengan keadaan pandemik yang masih berterusan, ramai yang mungkin lebih terdorong untuk meluangkan masa di rumah bersama keluarga. Namun, bagi mereka yang ingin menyambut 'kemerdekaan' anak-anak (dan ibu bapa) dari tekanan peperiksaan di luar sementara mematuhi langkah keselamatan yang ditetapkan, BERITA HARIAN menyenaraikan beberapa aktiviti yang boleh anda sekeluarga lakukan.



Syurga riadah di Taman Tasik Jurong



DENGAN empat hutan dan paya simpanan, lebih 350 taman dan lebih 300 kilometer penghubung taman di serata negara, orang ramai boleh menikmati pelbagai ruang hijau di negara ini.



Malah, projek taman nasional ketiga Singapura juga sedang dibangunkan secara bertahap di Jurong. Taman Tasik Jurong yang seluas 90 hektar - atau hampir sebesar Gardens by the Bay yang seluas 101 hektar - merupakan taman nasional pertama negara ini di kawasan perumahan awam. Dua lagi taman nasional Singapura ialah Kebun Bunga Singapura dan Gardens by the Bay.




Jangan lupa ke Muzium Aiskrim



MUZIUM Aiskrim adalah daya tarikan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, dan dikenali dengan kolam 'rainbow sprinkle'. Ia merupakan lokasi pertama Muzium Aiskrim di luar Amerika.



Gedung berwarna serba merah jambu yang menempati kawasan seluas 60,000 kaki persegi di Dempsey itu pastinya menjadi daya tarikan yang tepat terutama sekali bagi mereka yang ingin bergambar sekeluarga.




Wah! ada 'Halloween Horror Nights'



TEMPOH sambutan Halloween memang masa yang baik untuk mengunjungi taman bertema Universal Studios Singapore (USS).



Terdapat pelbagai sesi 'meet & greet' dengan karakter termasuk Po dari Kung Fu Panda, Edith, Agnes dan Marco dari Despicable Me yang memakai kostum Halloween.



Terdapat juga pameran Halloween Horror Nights bagi mereka yang... tidak ingin tidur malam!




Como Adventure Grove mengagumkan



COMO Adventure Grove yang terletak di Gallop Extension, Kebun Bunga Singapura, merupakan taman permainan dalam alam semula jadi untuk kanak-kanak menerapkan rasa cinta terhadap alam semula jadi melalui permainan dan penerokaan.



Inspirasi bagi taman permainan ini diambil dari bentuk pokok-pokok yang terdapat di taman itu, dan kanak-kanak boleh memanjat pokok-pokok tersebut




Taman permainan Coastal PlayGrove



TAMAN permainan berhawa dingin mungkin menjadi pilihan ramai keluarga yang mempunyai anak kecil.



Tetapi, taman permainan besar yang baru dibuka, Coastal PlayGrove di Taman East Coast membuktikan kanak-kanak nyata lebih gemar bermain di luar, di bawah terik matahari.



Ia kini dinobatkan sebagai gelongsor tertinggi di Singapura serta menawarkan tempat permainan paling tinggi di tapak Big Splash yang lama dan kini dikenali sebagai Play Tower.




Anak bermain, ibu bapa boleh cuci mata di Canopy@Jewel



SEAIN pusat beli-belah yang luas, Jewel juga menawarkan aktiviti-aktiviti menarik untuk kanak-kanak.



Terletak di tingkat lima pusat beli-belah itu, Canopy Park merupakan pusat rekreasi sebesar 14,000 meter persegi.



Anda tidak perlu berpanas di bawah terik matahari kerana pusat rekreasi ini terletak dalam pusat beli-belah itu.



Jadi, sementara anak-anak bermain, ibu bapa bolehlah berjalan-jalan mencuci mata.




Seni di estet HDB



LEBIH 25 kawasan Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) telah berubah menjadi galeri seni dalam inisiatif The People's Gallery oleh Galeri Nasional Singapura.



Ini termasuk blok di Bishan, Toa Payoh, Jurong West, Serangoon dan Pasir Ris.



Setiap kolong blok akan memaparkan lebih 10 kod QR yang boleh diimbas oleh pengunjung untuk menikmati seni melalui teknologi Realiti Terimbuh (AR).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >