Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuti sehari wajib, pemeriksaan perubatan dipertingkat untuk pembantu rumah

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



MAJIKAN diperlukan memberi pembantu rumah mereka satu hari cuti wajib setiap bulan yang tidak boleh digantikan dengan wang tunai, di bawah peraturan baru yang akan berkuatkuasa menjelang akhir tahun depan.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengumumkan beberapa langkah baru kelmarin demi memperkukuh sokongan buat pekerja domestik migran.



Pembantu rumah baru juga akan diwawancara Pusat bagi Pekerja Domestik (CDE) dua kali dalam tahun pertama mereka bekerja serta melalui pemeriksaan oleh agensi pekerjaan selepas mereka dipadankan dengan majikan masing-masing.



Ini adalah bagi memastikan pembantu rumah dan majikan dapat menyesuaikan diri dengan hubungan kerja di samping mengemukakan dan menghuraikan isu yang ada. Ia akan berkuatkuasa menjelang hujung tahun ini.



Untuk mengendalikan wawancara itu, MOM akan menubuhkan tiga pusat kejiranan atas kerjasama bersama CDE, dengan pusat pertama disasarkan untuk dibuka menjelang suku pertama tahun depan.



Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Gan Siow Huang berkata pemeriksaan perubatan wajib mereka setiap enam bulan juga akan dipertingkat untuk mengesan tanda-tanda penderaan.



Doktor perlu mencatatkan indeks jisim tubuh (BMI) pembantu rumah dan memeriksa untuk "tanda-tanda kecederaan yang tiada penjelasan dan mencurigakan". Mereka juga perlu menghantar rekod ini kepada MOM untuk pemeriksaan susulan jika perlu.



Perubahan ini akan dilaksanakan mulai suku ketiga tahun ini, dengan cuti wajib berkuatkuasa menjelang akhir tahun depan untuk memberikan majikan masa untuk menyesuaikan diri kepada perubahan itu.



Cik Gan menambah: "Pekerja domestik menyokong ramai keluarga kita dengan membantu dalam kerja rumah serta tugas menjaga. Kita semua boleh memainkan peranan dalam membina budaya menghormati dan mengambil berat ke atas pekerja domestik kita."



Pada 5 April, MOM mula mengadakan kunjungan rumah oleh pegawainya, yang akan memeriksa keadaan bekerja dan kehidupan pembantu rumah sewaktu lawatan itu. MOM telah berkata ia mempunyai matlamat untuk mengunjungi sekitar 200 rumah dalam sebulan.



Seorang pekerja domestik Indonesia yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Sumini, 40 tahun, berkata beliau gembira dengan langkah baru itu, lapor The Straits Times.



"Jika pembantu rumah mempunyai majikan tidak baik, ini membuatkan ia lebih mudah untuk polis melibatkan diri dan membantu mereka," katanya.



Perubahan MOM menyusuli siri kes yang timbul di mana pekerja domestik didera teruk. Ada diantara kes ini telah membawa kepada kematian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >