Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuti sekolah berbasikal berakhir dengan tragedi

Pelajar meninggal lepas terlibat dalam nahas dengan treler
Jun 03, 2021 | 05:30 AM



RANCANGAN berbasikal sempena cuti sekolah berakhir dengan tragedi bagi Muhammad Nur Shazly Mohd Ali, 14 tahun.



Bekas pelajar Sekolah Menengah Damai itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler di Marine East Drive pada Isnin lalu.



Allahyarham Nur Shazly sedang mengayuh basikal bersama dua kawannya pada ketika itu.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), polis berkata ia diberitahu mengenai kemalangan maut tersebut pada sekitar 4.25 petang.



Pemandu treler lelaki berusia 37 tahun telah ditangkap kerana disyaki memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.



Siasatan sedang dijalankan.



Jenazah telah dibawa pulang ke rumah nenek dan mak ciknya di Bedok kelmarin dan dikebumikan pada sekitar 4 petang.



Ibu saudara Allahyarham, Cik Nor Salinah Shalihen, yang juga penjaganya, menyifatkan Allahyarham, yang mesra dipanggil 'Boy' sebagai murah hati dan suka membantu orang lain.



"Boy suka bantu orang... ramai orang datang ucap takziah. Kami tak kenal mereka, tapi mereka kenal Boy," kata beliau.



LAPORAN LANJUT: Remaja 14 tahun maut nahas treler semasa berbasikal




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >