Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuti sekolah sudah tiba!

Mari lakukan kegiatan menarik lagi menyeronokkan...
Jun 05, 2023 | 06:42 AM



Musim cuti sekolah Jun sudah tiba dan kanak-kanak tentu sekali tidak sabar meluangkan masa seronok bersama keluarga. Pelbagai kegiatan dan program tersedia ada di serata negara semasa musim cuti ini. Antaranya, saksikan paparan interaktif Marvel’s Avengers di Jewel Changi Airport sehingga 13 Ogos ini atau kunjungi taman permainan bertemakan alam semula jadi di Pesta Kanak-Kanak di Gardens by the Bay sehingga 25 Jun. Berikut kegiatan yang boleh disertai.

Marvel’s Avengers di Jewel Changi Airport

Saksikan paparan interaktif yang meraikan 60 tahun Marvel’s Avengers sehingga 13 Ogos ini.

Misalnya, patung Iron Man setinggi 5 meter menanti orang ramai di pintu masuk Shiseido Forest Valley.

Ibu bapa dan anak-anak juga boleh bergambar di enam tempat bergambar bertemakan Marvel, termasuk dua paparan menampilkan replika perisai vibranium Captain America setinggi 3 meter dan tukul Thor, Mjolnir, yang setinggi 3.5 meter.

Terdapat empat watak Marvel interaktif lain yang dipaparkan termasuk The Incredible Hulk, Doctor Strange, Ant-Man and the Wasp, dan Black Panther.

Sementara itu, Canopy Park pula akan membawa peminat menyusuri enam dekad sejarah Marvel, dengan pameran acara dan watak utama dalam katalognya.

Versi gergasi permainan klasik Hasbro Gaming

Kunjungi dewan keberangkatan Terminal 3 Lapangan Terbang Changi yang menampilkan versi gergasi permainan klasik seperti Monopoly, Hungry Hungry Hippos dan Twister, dalam kalangan tarikan lain.

Tarikan ini akan diadakan sehingga 16 Julai.

Orang ramai boleh bergambar dengan token Monopoly, mengumpul mata dalam versi gergasi kereta The Game Of Life’s dan ‘makan’ guli di permainan Hungry Hungry Hippos.

Taman air baru

Jika ingin sesuatu yang lebih seronok, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke taman air baru Aqua Adventure di kelab HomeTeamNS Bedok Reservoir.

Ia menampilkan gelongsor air dalam bangunan terpanjang di Singapura - Double Trouble Aqua Tube - yang sepanjang 114 meter.

Untuk pacuan adrenalin, terjun ke dalam Blackhole Aqua Tube sepanjang 85 meter, yang akan membuatkan anda melonjak keluar dari hujung gelongsor dalam masa 15 saat.

Kemudian berehat di kolam sedalam 1.2 meter yang menawarkan sudut pandang hampir semua permainan yang ada di Aqua Adventure.

Tarikh pelancaran Aqua Adventure belum disahkan, tetapi ia dijangka dibuka pada Jun ini.

Orang ramai boleh menantikan maklumat lanjut tentang tarikh pembukaan taman air itu di laman https://www.hometeamns.sg/bedok-reservoir-origin/aquaadventure/.

Bermain dalam
alam semula jadi

Kanak-kanak akan terhibur dengan taman permainan bertemakan alam semula jadi yang menampilkan patung gergasi rama-rama, burung rajawali, katak dart beracun dan ara telinga gajah di Pesta Kanak-Kanak tahunan diadakan di Gardens by the Bay dari 10 hingga 25 Jun.

Mereka boleh memanjat, merangkak dan menemui fakta menarik tentang flora dan fauna yang memberi inspirasi kepada taman permainan itu.

Ibu bapa dan anak-anak boleh membaca panel maklumat untuk memahami bagaimana setiap flora dan fauna menyumbang kepada ekosistem, atau naik kereta api ulat bulu sepanjang 10 meter bagi perjalanan pembelajaran berpandu sedang ia bergerak melalui persekitaran hijau.

Orang ramai diharapkan dapat memakai seluar supaya dapat masuk dari Supertree Grove melalui gelongsor 20 meter, yang telah menggantikan tangga buat masa ini.

Masuk adalah percuma, namun bayaran dikenakan bagi kegiatan kraf terpilih dan semua gerai permainan. Tiket diperlukan bagi kereta api, yang berharga $10 bagi kanak-kanak, $12 bagi dewasa dan $20 bagi pasangan dewasa-kanak-kanak.

Maklumat lanjut di laman https://www.gardensbythebay.com.sg/childrensfestival.

Teroka denai kembara

Kanak-kanak boleh mengembara di Taman Alam Semula Jadi Windsor dan Taman Kolam Air Lower Pierce tanpa orang dewasa, tetapi jangan bimbang!

Mereka akan ditemani dan dibimbing instruktor, yang akan memberi inspirasi kepada mereka untuk menghargai alam semula jadi dan mengajar kanak-kanak tersebut perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan apabila bertemu dengan hidupan liar.

Program Young Hikers itu, yang disyorkan untuk kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun, diadakan dari 9 pagi hingga 3 petang sepanjang tiga hari dan berharga $356.40 bagi seorang kanak-kanak.

Maklumat lanjut di laman outdoorschool.sg/programmes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >