Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DAC Masagoes ketua baru Komand Keselamatan Pengangkutan Awam

Aug 21, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN Polis Singapura (SPF) semalam mengumumkan pelantikan Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Masagoes Idris Hussain (gambar kanan), sebagai Pegawai Pemerintah untuk Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom) berkuatkuasa 10 Ogos lalu.



Menurut kenyataan polis semalam, DAC Masagoes mengambil alih teraju kepimpinan dari Penolong Pesuruhjaya (AC) Fanny Koh Bee Yuan, yang kini dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Operasi bermula 15 Ogos lalu.



DAC Masagoes, 46 tahun, menyertai SPF pada 1998.



Sepanjang 24 tahun perkhidmatannya dalam pasukan biru itu, beliau telah menjawat beberapa jawatan penting termasuk sebagai Timbalan Pengarah bagi Pusat Untuk Perlindungan Keselamatan; Timbalan Pegawai Pemerintah Divisyen Polis Clementi; Timbalan Pegawai Pemerintah bagi Perlindungan Keselamatan di kedua-dua Pusat Pemeriksaan Tuas dan Woodlands; dan sebagai Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Negara Polis.



Sepanjang masanya di Pusat bagi Perlindungan Keselamatan, DAC Masagoes memimpin usaha dalam pelaksanaan dan pengeoperasian Akta Perlindungan Prasarana dan pada masa sama memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pesuruhjaya bagi Perlindungan Prasarana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >