Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dadah bernilai lebih $69,000 dirampas di pusat pemeriksaan Woodlands

Nov 09, 2017 | 03:26 PM



DADAH bernilai lebih $69,000 telah dirampas di Pusat Pemeriksaan Woodlands dari sebuah kereta berdaftar di Malaysia yang dalam perjalanan masuk di Singapura pada Selasa.

Dalam kenyataan bersama Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB), kereta itu dilaporkan dipandu oleh seorang lelaki warga Malaysia.

Hasil siasatan yang dilakukan oleh pegawai kededua agensi tersebut, empat bungkusan dadah mengandungi 616 gram dadah Ice, 28 gram ketamin, 590 pil Erimin-5 dan 20 pil 'Ecstasy' telah ditemui.

Dua lelaki rakyat Singapura berusia 28 dan 32 tahun dipercayai penerima dadah tersebut.

Kedua-dua yang disyaki ditangkap oleh pegawai CNB di sekitar kawasan Bedok North Street 1, awal pagi semalam.

Beberapa jenis dadah turut ditemui di dalam kereta milik lelaki berusia 32 tahun tersebut.

Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan.

Sesiapa yang didapati pengedar lebih daripada 250 gram dadah Ice boleh dikenakan hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >