Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dadah: CNB berkas 100 suspek, rampas dadah hampir $1/2j

Jul 24, 2022 | 05:30 AM



BIRO Narkotik Pusat (CNB) menahan 100 suspek pesalah dadah dan merampas dadah yang mempunyai nilai pasaran kira-kira $470,000 dalam operasi seluruh negara antara 18 dengan 22 Julai.



Wang tunai $63,097 turut dirampas dalam operasi merangkumi Boon Lay, Changi, Sengkang dan Toa Payoh itu.



Dalam salah satu serbuan, pegawai CNB menyasarkan satu unit kediaman di sekitar Sumang Walk dan menahan seorang lelaki warga Singapura berusia 56 tahun pada 19 Julai kerana disyaki mengedar dadah.



Kira-kira 66 gram (g) heroin dan 16g Ice dirampas, berserta peralatan dadah dan wang tunai $4,327.



Pada 21 Julai, pegawai CNB memberkas empat lelaki warga asing, berusia antara 22 dengan 30 tahun. Seorang daripada mereka ditangkap selepas dikejar.



Pegawai CNB merampas paket Ice, ganja dan tablet Ecstasy daripada seorang lelaki berusia 29 tahun, manakala satu lagi paket ganja ditemui pada seorang lelaki berusia 30 tahun.



CNB menyatakan sebelum ditahan, lelaki terbabit dipercayai membuang satu bungkusan di kawasan berhampiran. Bungkusan itu mengandungi wang tunai $14,630 itu kemudian dirampas CNB.



Lelaki berusia 29 tahun itu dibawa ke tempat persembunyiannya di sekitar Lorong 9 Geylang, tempat lebih banyak dadah ditemui.



Seorang lelaki warga asing berusia 35 tahun yang kemudian datang ke unit kediaman itu turut ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan dadah.



Secara keseluruhan, 239g Ice, 9,317g ganja, 174g tablet Ecstasy dan 111g heroin ditemui. Wang tunai $34,530 turut dirampas.



Dalam operasi lain pada hari sama, pegawai CNB menahan seorang wanita warga Singapura berusia 46 tahun dan seorang lelaki warga asing berusia 41 tahun di sebuah kawasan kediaman privet di sekitar Haig Road.



Kira-kira 7g Ice dan wang tunai $15,940 ditemui pada wanita itu, manakala wang tunai kira-kira $8,300 ditemui pada lelaki tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >