Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Dadah dan wang tunai lebih $50,000 dirampas, dua diberkas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dadah dan wang tunai lebih $50,000 dirampas, dua diberkas

Jul 07, 2021 | 05:30 AM

DUA orang warga Singapura telah diberkas dalam satu serbuan Biro Narkotik Pusat (CNB) yang melibatkan rampasan heroin hampir 1 kilogram dan wang tunai melebihi $50,000.

Menurut satu kenyataan CNB semalam, dalam serbuan kelmarin (5 Julai) seorang lelaki berusia 65 tahun dan seorang wanita berusia 55 tahun telah ditangkap.

Sejumlah 974 gram heroin, 3 gram ganja, dan 60 gram bahan yang disyaki bahan Psikoaaktif Baru (NPS) telah disita dalam operasi di Tampines Street 83.

Wang tunai berjumlah $57,929 dan 330 tablet nitrazepam juga dirampas dalam operasi itu.

Dadah yang disita dianggarkan bernilai lebih dari $102,000.

Siasatan terhadap kegiatan dadah semua suspek sedang dijalankan. Jumlah keseluruhan 974 gram heroin yang disita cukup untuk memenuhi ketagihan kira-kira 460 penyalahguna dadah untuk seminggu, menurut CNB.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3