Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dadah dirampas di Pusat Pengendalian Kargo Udara Changi

Mar 07, 2021 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa menangkap tiga orang yang disyaki terlibat dengan kegiatan dadah dan merampas 200 botol kecil fentanyl (sejenis bahan pelega kesakitan) dan ubat terlarang lain selepas mengesan sesuatu yang tidak kena di Pusat Pengendalian Kargo Udara Changi (CAC).



Menerusi satu kenyataan bersama semalam, Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA), Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berkata bungkusan itu tiba dari Vietnam dan diisytiharkan sebagai 'ubat'.



Selepas menjalankan pemeriksaan lanjut pada 1 Mac, pegawai ICA mendapati ada 200 botol kecil yang dipercayai mengandungi sekitar 20 miligram fentanyl, yang merupakan dadah terkawal Kelas A di sini.



Mereka turut menemui ubat terlarang lain dalam bungkusan tersebut.



Ini termasuk 3,990 pil yang dilabel sebagai diazepam, 400 pil yang dilabel sebagai codeine phosphate, 300 pil yang dilabel sebagai gabapentin dan 40 botol kecil yang dilabel sebagai midazolam.



"Fentanyl dikenali sebagai opioid yang sangat kuat, kira-kira 50 hingga 100 kali lebih kuat berbanding morfin," ujar pihak berkuasa itu.



Selepas dikesan, CNB menjalankan operasi susulan dekat Beach Road pada hari yang sama dan menangkap individu yang sepatutnya menerima bungkusan itu, seorang penduduk tetap (PR) Singapura berusia 30 tahun.



Dia ditangkap bersama dua lagi lelaki warga Singapura yang berusia 62 dan 65 tahun kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah.



Ketiga-tiga suspek dibawa ke tempat persembunyian mereka, iaitu sebuah apartmen berdekatan, kata pihak berkuasa.



Di sana, HSA merampas sekitar 16 liter ubat batuk dan lebih 4,500 unit pil yang tidak dilabel.



Ubat terlarang itu bernilai sekitar $9,300.



Siasatan terhadap kegiatan dadah tiga suspek itu sedang dijalankan.



Mereka yang didapati bersalah mengimport, menghasilkan dan/atau membekalkan produk kesihatan terlarang boleh dipenjara hingga dua tahun, didenda hingga $50,000 atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >